Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Bakti Siswa Pupuk Nilai Kemasyarakatan Pelajar

By 20 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 100 pelajar dari Kolej Kediaman Satria Tuah, Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) mengikuti program Bakti Siswa bersama Komuniti 1Malaysia( K1M) Taman Paya Rumput Permai, di sini, menjalani pelbagai aktiviti kemasyarakatan sempena program ini.

Menurut Pengerusi K1M Taman Paya Rumput Permai, Ganes Rethanam, 56, pelbagai program telah disusun antaranya senamrobik 1Malaysia, gotong-royong, melukis dan mewarna mural, pemeriksaan kesihatan percuma, penamanan pokok dan banyak lagi.

Nabila bertuah menyertai program  ini kerana dapat belajar pelbagai perkara baharu antaranya memasak asam pedas.

Nabila bertuah menyertai program ini kerana dapat belajar pelbagai perkara baharu antaranya memasak asam pedas.

“Selain itu pelajar-pelajar dan penduduk taman akan memasak bersama-sama menyediakan juadah makan tengahari sebelum pulang ke kampus, semangat kemasyarakatan akan dipupuk sepanjang program ini supaya pelajar-pelajar dapat aplikasikan pengalaman ini apabila berada dalam komuniti,” ujarnya.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Samion, 56, berkata program ini selaras dengan objektif Jabatan Penerangan untuk melahirkan generasi yang menpunyai jati diri yang kuat serta membudayakan nilai kemasyarakatan dikalangan rakyat Malaysia.

“K1M merupakan platform terbaik sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang bertindak membantu kerajaan menyampaikan dasar kepada rakyat selain menerima maklum balas rakyat untuk disampaikan kepada pemimpin,” ujar Mohd Noor.

Peserta program Nabila Yahaya ,23, berkata, program ini amat berguna kepada saya dalam menambah pengalaman khidmat bakti kepada kemasyarakatan.

“Banyak pengalaman menarik dapat dipelajari disini, antaranya melukis mural, gotong-royong memasak bersama masyarakat taman serta dapat berjumpa serta berkongsi pengalaman bersama Ahli Undangan Negeri (ADUN) Datuk Sazali Muhd Din,” ujar Nabila.

– SH

Tinggalkan komen anda