Skip to main content
Berita UtaraHomeKedah

Hanya Perlu Berumur 15 Tahun Untuk Elaun RM200 Sebulan Di GiatMara

By 20 Mac 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

 

SIK, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Hanya perlu berumur 15 tahun, tahu membaca dan warganegara Malaysia, itu saja syarat kelayakkan untuk mengikuti apa-apa kursus kemahiran yang ditawarkan di GiatMara,”. Perkara ini dijelaskan tenaga pengajar Senireka Gaya Rambut, GiatMara Alor Setar, Syarizanim Rizal yang ditemui baru-baru ini.

Tenaga pengajar Senireka Gaya Rambut, GiatMara Alor Setar, Syarizanim Rizal

Tenaga pengajar Senireka Gaya Rambut, GiatMara Alor Setar, Syarizanim Rizal

Menurut Syarizanim, kursus kemahiran di GiatMara mengambil masa enam bulan dan semua kelas adalah sepenuh masa.

Kursus yang ditawarkan di GiatMara Alor Setar ialah Jahitan pakaian lelaki dan wanita, teknologi sistem komputer, dan gunting rambut.

tenaga pengajar Senireka Gaya Rambut, GiatMara Alor Setar, Syarizanim Rizal

Ibubapa mengambil kesempatan membawa anak-anak mereka untuk menggunting rambut dari pelajar GiatMara

Ibubapa mengambil kesempatan membawa anak-anak mereka untuk menggunting rambut dari pelajar GiatMara

Ibubapa mengambil kesempatan membawa anak-anak mereka untuk menggunting rambut dari pelajar GiatMara

Para pelatih diberi elaun sebanyak RM200 selain pakaian percuma iaitu dua helai  kemeja-T dan sehelai baju koporat.

Bagi kursus di bawah seliaannya, modul yang ditawarkan ialah melurus rambut, gunting rambut, rawatan rambut, jualan produk rambut, pengurusan salon, syampu dan pengayaan.

Menurut Syarizanim lagi, pelajar yang menamatkan latihan boleh diberikan bantuan dari pihak MARA pelbagai bentuk salah satunya alatan dan modal perniagaan RM10 000.

Dia memberikan pendedahan kepada para pelajar Senireka Gaya Rambut dibawah seliaannya dengan aktiviti luar bilik kelas. Mereka dibawa mereka ke program-program besar kerajaan supaya dapat berlatih memotong rambut.

Menurutnya lagi, pelatih yang dibawa hari ini ialah dari pengambilan Januari 2018 dan mereka telah melaui lapan modul latihan sehingga kini.

Syarizanim juga memaklumkan, orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat menggunting rambut dan syampu bolehlah ke GiatMara Alor Setar dijalan Seberang Perak.

Selain itu, katanya lagi, GiatMara Alor Setar juga memberikan perkhidmatan servis laptop,  telefon pintar, dan alter pakaian.

Sementara menunggu giliran menggunting rambut, kanak-kanak boleh bermain sambil belajar dengan aktiviti sampingan yang disediakan

Sementara menunggu giliran menggunting rambut, kanak-kanak boleh bermain sambil belajar dengan aktiviti sampingan yang disediakan

Ia dibuka untuk orang ramai pada setiap hari ahad dari pukul 11.00 pagi sehingga 4.00 petang dengan caj RM5 seorang bagi perkhidmatan menggunting rambut.

Seorang Pelajar Seni Reka Gaya Rambut yang juga bekas tentera, Roslan Hj Jusoh, 43, berkata, ada 22 orang pelajar jurusan yang sama dengannya di GiatMara Alor Setar.

Beberapa orang pelatih telah dipilih untuk menjalani modul ke Sembilan iaitu latihan menggunting rambut orang awam di sini.

Pelajar Seni Reka Gaya Rambut yang juga bekas tentera, Roslan Hj Jusoh

Pelajar Seni Reka Gaya Rambut yang juga bekas tentera, Roslan Hj Jusoh

Selama enam bulan mengikuti kursus, pelajar-pelajar senireka gaya rambut akan didedahkan dengan teknik gunting rambut lelaki dan perempuan, membuat gaya rambut, dan teknik meluruskan rambut.

Untuk hari ini, mereka akan memotong rambut 30 orang pelanggan secara percuma, katanya lagi.

Seorang lagi pelatih yang ditemui, Mohamad Amar Amiruddin,18, berkata dia bercita-cita membuka kedai gunting rambutnya sendiri. Menurutnya para pelajar telah dimaklumkan bahawa mereka boleh meminta bantuan modal daripada pejabat MARA dalam bentuk kewangan. Pihak MARA menawarkan bantuan modal sekurang-kurang RM1000 kepada setiap pelatih.

Mohamad Amar Amiruddin, bercita-cita membuka kedai gunting rambutnya sendiri di Tokai

Mohamad Amar Amiruddin, bercita-cita membuka kedai gunting rambutnya sendiri di Tokai

Dia bercadang membuka kedai tersebut di rumah ibubapanya di Tokai terlebih dahulu sebelum mencari tapak kedai.

Menurut salah seorang pelanggan, Muhairul Azman Supian, 54, dia baru mengetahui rupanya ada peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran dengan begitu mudah bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat ke menara gading.

"GiatMara memastikan tiada pengganggur dalam kalangan anak tempatan" - Muhairul Azman Supian.

“GiatMara memastikan tiada pengganggur dalam kalangan anak tempatan” – Muhairul Azman Supian.

“Selain membuka peluang yang begitu mudah kepada rakyat, dapat pula elaun sepanjang kursus,” ujarnya.

Oleh itu, tiada sebarang alasan bagi anak-anak tempatan terutama dari kampong-kampung pendalaman mengahbiskan masa dengan sia-sia apabila gagal ke menara gading, ujarnya lagi.

Kemahiran yang diperolehi akan menjadi penjana pendapatan kepada mereka tanpa perlu berhijrah ke mana-mana.

Ditanya mengenai potong rambut pelatih ini, dia berkata, sangat kemas dan menepati citarasanya.

 

Tinggalkan komen anda