Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Sepuluh Keluarga Terima Rumah Percuma

By 21 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Sepuluh buah keluarga dari Kampung Ibada mendapat durian runtuh apabila syarikat Power Bricks Sdn. Bhd. bersetuju membina rumah baharu dengan keluasan pembinaan 1120 kaki persegi dan di kira bersesuaian dengan rumah kos sederhana yang ada di pasaran ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli, berkata kerajaan negeri telah meluluskan 60 ekar tanah rizab kerajaan di Kampung Tengah bagi tujuan tersebut.

“Daripada itu 15 ekar akan dibina 10 buah rumah termasuk sebuah surau dan balai raya mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah Jempol dan segala kos pembinaan rumah dibiayai sepenuhnya oleh Power Bricks Sdn Bhd.,” katanya ketika merasmikan majlis Perletakan Batu Asas Perkampungan Baharu Ibada, di sini semalam.

Sebahagian daripada penerima rumah sumbangan Power Bricks dan kerajaan negeri.

Sebahagian daripada penerima rumah sumbangan Power Bricks dan kerajaan negeri.

Shamsulkahar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serting berkata kerajaan negeri bersama-sama agensi kerajaan yang berkaitan akan menyediakan kemudaan asas air dan eletrik sementara pejabat daerah pula akan menaiktaraf jalan tar apabila kerja-kerja pembinaan rumah siap sepenuhnya kelak.

“Dengan adanya perkampungan baharu ini, ia akan dibangunkan lebih luas lagi dengan pembinaan berapa unit rumah lagi pada masa akan datang.

“Sehubungan itu kerajaan turut bercadang membina rumah moden di tanah seluas 40 ekar mengikut citarasa penduduk di kawasan dan hanya ditawarkan kepada penduduk yang akan mendiami rumah tersebut sahaja,” jelasnya lagi.

Shamsulkahar turut menjelaskan status isu perumahan di negeri tersebut yang kian serius.

Shamsulkahar (tengah), Tan Kok Yee (tujuh dari kanan) bergambar bersama ketua-ketua jabatan sempena majlis Perletakan Batu Asas Perkampungan Baharu Ibada, di sini semalam.

Shamsulkahar (tengah), Tan Kok Yee (tujuh dari kanan) bergambar bersama ketua-ketua jabatan sempena majlis Perletakan Batu Asas Perkampungan Baharu Ibada, di sini semalam.

“Kerajaan telah menetapkan 50 peratus rumah mampu milik termasuk 20 peratus rumah berharga RM80,000 supaya rakyat Negeri Sembilan dapat memiliki rumah mengikut kemampuan masing-masing.

“Kerajaan negeri telah merangka pelan pembangunan mampan 2015 hingga 2045 yang meletakkan kepentingan kesejahteran rakyat Negeri Sembilan tanpa menjejaskan alam sekitar dibawah konsep Desa Aman Maya dan Desa Sutera di mana kerajaan telah mengenalpasti 11 kawasan di seluruh negeri ini yang akan dibina rumah di bawah konsep Rumah Idaman Saya,” ujar Shamsulkahar.

Sebelum itu, Pengarah Urusan Power Bricks Sdn. Bhd. Tan Kok Yee, berkata pihaknya telah merealisasikan permintaan penduduk sebagaimana yang dijanjikan dahulu.

“Sekarang kerja menyiapkan tapak sudahpun disiapkan dan akan mula membinanya pada awal April ini dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Hari Raya Puasa 2019,” katanya ketika berucap pada majllis tersebut.

Sementara itu, menurut Pegawai Daerah Jempol, Datuk Zazali Salahudin, syarikat tersebut bukan sahaja membina rumah secara percuma kepada sepuluh keluarga yang terlibat, malah turut membayar premium tanah sebanyak RM5 ribu setiap keluarga yang terlibat.

“Permasalahan dan penangguhan projek selama hampir 16 tahun ini telah dapat diselesaikan pada hari ini,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda