Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

FRI Bantu Kerajaan Kurangkan RM7b Defisit Makanan

By 23 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan : Parimala Devi Suppiah       Foto : Mohd Shazreen Suradi (Jelebu)

JELEBU, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perikanan di atas kejayaan tiga aktiviti Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi sebagai pusat penyelidikan akuakultur, pemuliharaan sumber perikanan darat serta pemindahan teknologi dan khidmat teknikal.

Mohamad menyambut baik dan berterima kasih kepada FRI atas usaha membantu kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan mengimport makanan dan mengurangkan defisit import makanan yang mencecah RM7 billion.

Mohamad (tengah) mendengar taklimat daripada Pegawai FRI Glami Lemi, di sini.

Mohamad (tengah) mendengar taklimat daripada Pegawai FRI Glami Lemi, di sini.

“Kerajaan Negeri Sembilan bersama Jabatan Perikanan sebagai pemudahcara akan bekerjasama untuk menyediakan model perniagaan dan memudahkan industri dalam menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah udang galah nombor satu negara.

“Sesuai dengan status semasa sebagai negeri pengeluaran udang galah kedua tertinggi di Malaysia, ekoran itu program pelepasan benih ikan dan udang galah di sungai akan diperbanyakkan lagi.

“FRI Glami Lemi akan dimasukkan di dalam kalendar pelancongan sebagai kawasan tumpuan pengunjung,” kata Mohammad sempena lawatan kerjanya ke institut tersebut, di sini semalam.

Pada program ini juga, Mohamad Hasan telah menyerahkan bantuan benih udang galah kepada penternak, induk udang galah kepada tiga Broodstock Multiplying Center (BMC), induk ikan tilapia merah kepada Gedung Makanan Negara (GMN), serta penyerahan benih keli kepada Jabatan Penjara.

– SH

Tinggalkan komen anda