Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Jalan Raya Telipok-Kiulu-Randagong Mampu Lonjak Industri Pelancongan Negeri

By 23 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan: Idris Sani Saberun/Foto: Volontine Jiloh

 

TUARAN, 23 Mac (Malaysiaaktif) –  Projek Jalan Raya Telipok-Kiulu-Randagong mampu melonjakkan industri pelancongan negeri ini khususnya di Kiulu dan kawasan sekitar apabila siap dibina dan dibuka sepenuhnya untuk kegunaan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pembinaan projek jalan raya yang akan siap pada penghujung Mac tahun depan mampu memenuhi impian rakyat untuk menikmati kemudahan jalan raya lebih cepat dan selesa.

Najib bersama-sama Musa menunjukkan isyarat baik ketika meninjau projek jalan raya di Kampung Pukak?,? Kiulu.

Najib bersama-sama Musa menunjukkan isyarat baik ketika meninjau projek jalan raya di Kampung Pukak,Kiulu.

“Kemudahan ini turut dilihat sebagai pemangkin pendapatan rakyat melalui industri pelancongan luar bandar yang memang terkenal sebagai destinasi sukan air lasak di daerah ini.

“Jika sebelum adanya projek jalan ini sektor pelancongan di Kiulu dapat menarik kira-kira 53 ribu orang pelancongan setiap tahun.

“Saya yakin dengan adanya kemudahan jalan raya ini jumlah kedatangan pelancong akan meningkat menjadi lebih 100 ribu orang pelancong setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tinjauan Projek Pembinaan Jalan berkenaan di Kampung Pukak, Kiulu, pada Khamis.

Musa (kiri) dan Madius (kanan) memakaikan bakul 'Wakid' kepada Najib sebagai simbolik penyerahan cenderakenangan.

Musa (kiri) dan Madius (kanan) memakaikan bakul ‘Wakid’ kepada Najib sebagai simbolik penyerahan cenderakenangan.

Najib turut berpuas hati dengan perkembangan pembinaan jalan raya tersebut yang kini siap mendahului jadual sebanyak 20 peratus.

Projek pembinaan jalan raya sepanjang 60 kilometer yang menelan belanja sebanyak RM288 juta itu apabila siap nanti akan memberi kemudahan perhubungan kepada rakyat di antara Telipok (Kota Kinabalu), Kiulu (Tuaran) dan Randagong di Ranau.

Najib turut meluluskan peruntukan persekutuan kepada kawasan Parlimen Tuaran sebanyak 2.2 juta untuk kegunaan naiktaraf dan pembaikan masjid serta surau manakala 2.2 juta untuk dewan Gereja St. John Tuaran.

Hadir sama, Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan merangkap Pengerusi Barisan Nasional Tuaran, Datuk Seri Hajiji Noor; Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu, Datuk Joniston Bangkua.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda