Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

11 NGO Terima Sumbangan RM160 Ribu

By 23 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Toslin Meyub & Razili Ili (Kuching)

KUCHING, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Isteri Ketua Menteri, Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang mewakili Yayasan Pembangunan Iktisad Islam Malaysia telah menyampaikan sumbangan bernilai RM160 ribu kepada 11 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), di sini hari ini.

Majlis penyerahan sumbangan di Wisma Bapa Malaysia menyaksikan The Laila Taib Cancer Charitable Trust menerima RM50 ribu sementara lima buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) menerima RM10 ribu termasuk tiga Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah yang turut menerima RM10 ribu.

Dr. Au (kanan) mewakili The Laila Taib Cancer Charitable Trust menerima sumbangan Yayasan Pembangunan Iktisad Islam Malaysia daripada Juma’ani.

Dr. Au (kanan) mewakili The Laila Taib Cancer Charitable Trust menerima sumbangan Yayasan Pembangunan Iktisad Islam Malaysia daripada Juma’ani.

Menurut Juma’ani, beliau telah diamanahkan dan akan menghidupkan semula The Laila Taib Cancer Charitable Trust (TLTCCT).

“Bagi meneruskan perjuangan Allahyarharmah Puan Sri Laila Taib bagi membantu pesakit barah yang tidak mampu membiayai perubatan mereka dan juga mengadakan aktiviti promosi kesedaran mengenai bahaya penyakit barah dan cara pencegahan.

“Selain NGO di atas, PIBG SK Kampung Baru, Kapit turut menerima sumbangan daripada Pusat Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) sebanyak RM20 ribu,” katanya ketika merasmikan majlis hari ini.

Juma’ani berharap NGO yang menerima sumbangan tersebut dapat menggunakan bantuan sewajarnya dalam khidmat yang disampaikan agar memberi manfaat kepada golongan sasaran.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Normah Medical Specialist Centre, Datuk Dr. Au Yong Kien Hoe mewakili The Laila Taib Cancer Charitable Trust.

– SH

Tinggalkan komen anda