Skip to main content
Berita TempatanHomePerakPutrajaya

KJK Terus Bantu Penduduk Setempat

By 31 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KAMPAR, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Lee Chee Leong menzahirkan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di atas kunjungan Kembara Jalinan Kasih Strategi Lautan Biru Kebangsaan – Menghubung dan Menyatu (NBOS-CTU) KKMM, yang menziarahi penduduk di kawasan ini.

“Saya amat berbesar hati menerima kunjungan daripada KKMM dan saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman kerana sudi turun padang menganjurkan sebuah program memberikan titik sentuhan kepada penduduk setempat.

Chee Leong (kiri) meninjau keadaan kesihatan Poh Kim (tengah) di kediamannya, di sini.

Chee Leong (kiri) meninjau keadaan kesihatan Poh Kim (tengah) di kediamannya, di sini.

“Sebanyak 30 buah keluarga yang telah dikenalpasti diberikan sedikit bantuan. Perkara ini menunjukkan kerajaan cukup prihatin akan kebajikan rakyat,” ujarnya yang ditemui sempena program tersebut, di sini hari ini.

Sementara itu, EXCO Kerajaan Negeri Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, menyatakan begitu banyak sekali program yang dianjurkan pihak kerajaan antaranya program NBOS-CTU ini.

“Program ini bukanlah program yang hanya dijalankan ketika pilihanraya, sebenarnya komponen-komponen program yang dianjurkan kali ini adalah program-program yang telahpun kita laksanakan secara berperingkat mengikut setiap kaum.

“Pada pagi tadi misalannya dalam program Kembara Jalinan Kasih, penduduk-penduduk yang kita ziarahi sebenarnya telah kita kenali dan membantu mereka di dalam perkara-perkara lain. Ini membuktikan kerajaan sentiasa memberikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Nolee ketika berucap sempena program Kenduri Kampung, menjelaskan kerajaan sentiasa memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Nolee ketika berucap sempena program Kenduri Kampung, menjelaskan kerajaan sentiasa memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Nolee juga mengharapkan agar jurang di antara masyarakat dan penjawat awam terus dirapatkan melalui penganjuran program berbentuk pameran ataupun fiesta.

“Melalui program sebegini, baharu lebih ramai orang tahu berkenaan dengan perkhidmatan yang telahpun dan sedang diberikan pihak kerajaan kepada rakyat,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Tebing Tinggi, siang tadi.

Sementara itu seorang penerima titik sentuhan, Looi Poh Kim, 76, berharap agar ada pihak yang sentiasa prihatin dengan nasibnya.

“Saya amat berharap agar ada pihak yang dapat terus membantu nasib saya dan kakak saya memandangkan kami tidak mempunyai sesiapa lagi di sini.

“Saya sendiri tidak berapa sihat dan kini dijaga oleh kakak saya yang juga senasib dengan saya,” ujar Poh Kim yang tidak pernah berkahwin atas masalah kesihatan ini.

Tinggalkan komen anda