Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

‘Igat itik’ Semarakkan Program Komuniti

By 31 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Noor Mahmuddin Mohd Mahlil (Jeli)

JELI, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Tebing Sungai Pengkalan Ara, di sini riuh rendah dengan pekikan suara dan hilai tawa pengunjung serta ahli komuniti yang turut serta dalam acara ‘Igat (kejar) Itik’ yang diadakan sempena Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Komuniti Kampung Jeli.

Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Dr. Mohd Nasir Mohd Noor berkata program sebegini baik bagi membina ikatan kekeluargaan yang utuh di samping menyemarakkan semangat perpaduan dalam satu kelompok komuniti kampung.

Orang ramai tidak melepaskan peluang menyertai acara ini.

Orang ramai tidak melepaskan peluang menyertai acara ini.

“Perbincangan dan usaha sedang dilakukan oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Sri Mustapa Mohamed dalam penyediaan peruntukan kewangan untuk membangunkan persekitaran dan infrastruktur yang lengkap seperti tandas, kawasan letak kereta dan premis kedai makan di tebing Pengkalan Ara, Kampung Jeli ini yang dilihat mempunyai tarikan orang ramai untuk beriadah serta pelbagai aktiviti sihat bersama keluarga.

“Pengkalan Ara berpotensi menjadi kawasan pelancongan di Daerah Jeli kerana boleh dikatakan setiap hujung minggu tempat ini menjadi tumpuan orang ramai untuk mengadakan aktiviti termasuk program belia, pusat pengajian tinggi dan sebagainya,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut, hari ini.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Menurut Pengerusi Komuniti 1Malaysia Kampung Jeli, Abd Wahab Daud, 48, program ini merupakan aktiviti berkala yang diatur dengan pelbagai acara seperti persembahan seni silat, pertandingan dam aji, pertandingan karom, cabutan bertuah dan ‘Igat itik’ yang merupakan acara kemuncak dan disertai oleh semua golongan dari kecil hingga dewasa.

“Penyertaan ahli komuniti bagi program kali ini di luar jangkaan dan ianya memberi satu petunjuk positif dalam membina komuniti yang sihat serta bersatupadu,” katanya.

Sementara itu, pengunjung Ibrahim Setapa, 54, berharap program kekeluargaan seperti ini perlu diperbanyakkan dan diteruskan dalam usaha memupuk ukhuwah dalam kalangan ahli komuniti serta merapatkan hubungan ahli keluarga.

“Ruang masa cuti diisi serta dimanfaatkan bersama keluarga setelah sibuk bekerja. Wanita, lelaki, kanak-kanak hingga dewasa tidak ketinggalan menyertai pelbagai acara,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda