Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

74 Ketua Isi Rumah Terima Manfaat Wang Ihsan Bencana Banjir

By 2 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh Hasmah Hanafi
Jurufoto Yahya Ahmad

 

BANDAR BAHARU, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 74 orang ketua isi rumah hadir untuk menerima sumbangan wang ihsan bencana banjir di sini semalam apabila kediaman mereka terjejas akibat banjir yang berlaku pada bulan November tahun lepas.

Ini merupakan pemberian kali pertama di daerah ini sejak ia diperkenalkan.

ADUN Bandar Baharu merangkap Exco Negeri Kedah, Datuk NorSabrina Mohd Noor hadir bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan wang ihsan tersebut.

Majlis ini diadakan serentak dengan penyerahan baucer BR1M dan juga penyampaian sumbangan wang ihsan bencana bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah Bandar Baharu semalam.

Datuk Norsabrina memberi sumbangan wang ihsan kepada mangsa-mangsa banjir

Datuk Norsabrina memberi sumbangan wang ihsan kepada mangsa-mangsa banjir

Dalam ucapannya Datuk NorSabrina berterima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) kerana prihatin dengan nasib mangsa banjir di Bandar Baharu. “APM sentiasa bersiap siaga membantu walaupun jarak pejabat APM terletak di Kulim namun setiap kali berlaku banjir APM cepat bertindak”, ujarnya.

IMG-20180401-WA0038

Beliau juga berharap, dengan sumbangan wang ihsan bencana ini, sedikit sebanyak dapat meringgankan beban mangsa banjir.

Menurutnya lagi “kerajaan sentiasa prihatin nasib yang menimpa mereka dan setiap tahun kebajikan mangsa bencana banjir sentiasa terjaga setiap kali berlakunya banjir.

Sementara itu Pengarah APM Negeri Kedah, Lt.Kol. (PA) Awang Askandar Ampuan Yaakub pula berkata, “sebanyak RM37,000 telah diperuntukan oleh kerajaan pusat melalui Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara iaitu di bawah NADMA untuk diagihkan kepada penerima di Bandar Baharu” .

Ujarnya lagi, setiap ketua isi rumah akan menerima sebanyak RM500 seorang.

Tambahnya lagi pemilihan penerima sumbangan wang ihsan bencana ini diberi bukan sahaja kepada mereka yang rumahnya ditenggelami air tetapi yang perlu berpindah ke pusat pemindahan yang ditetapkan.

IMG-20180401-WA0040

Kerjasama antara APM daerah dan negeri memudahkan lagi pengagihan wang tersebut dibuat.

Seorang mangsa banjir, Aishah Ahmad, 93, dari Rumah Murah Permatang Pasir berkata, “ rumahnya dinaiki air paras lutut dan terpaksa meredah banjir untuk selamatkan barang-barang yang hampir tenggelam”.

Aisyah Ahmad salah seorang penerima wang ihsan

Aisyah Ahmad salah seorang penerima wang ihsan

“Mujurlah pihak penyelamat tiba awal dan kami dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu, iaitu pusat pemindahan banjir yang terdekat”, ujarnya lagi.

Turut hadir bersama di dalam majlis semalam adalah Pegawai Daerah Bandar Baharu, Mohd Fauzi Mustaffa dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Osman Mat Aji dan Timbalan Pengarah APM Negeri Kedah , Mejar Imran Azmi.

– MRR

Tinggalkan komen anda