Skip to main content
Berita TempatanHomePerakPutrajaya

CTU-NBOS Bina 47 Menara Telekomunikasi Manfaatkan Lebih 200 Ribu Penduduk

By 2 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KAMPAR, 2 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 47 menara telekomunikasi telah dibina dengan 573 unit satelit penyiaran digital telah dipasang di rumah-rumah mereka yang layak sempena Program Negaraku: Menghubung Menyatu (CTU) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memanfaatkan 216,000 isi rumah di 48 kawasan pedalaman terpilih seluruh negara menjelang 2020.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Shakib Ahmad Shakir berkata sebanyak 55 program CTU telah dirancang dan akan dilaksanakan di seluruh negara.

Chee Leong (dua dari kanan) sempat beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

Chee Leong (dua dari kanan) sempat beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

“Program CTU dilaksanakan bagi memperkasakan masyarakat di kawasan pedalaman untuk mendapat akses kepada maklumat asas sejajar dengan tema mendigitalkan dan merakyatkan.

“Dengan matlamat utama untuk memperkasakan masyarakat di kawasan pedalaman agar komuniti berkenaan mendapat akses kepada maklumat asas dan hiburan, perkhidmatan dan pendidikan dalam talian serta latihan kemahiran dan peluang-peluang menjana pendapatan melalui ekonomi digital.

“Sebanyak 88 projek di bawah Program CTU ini telah dilaksanakan yang telah memanfaatkan lebih 489,000 penduduk di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya ketika berucap pada majlis Negaraku: Menghubung Menyatu @ Kampar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kampar, di sini.

Shakib turut menyatakan setakat ini sebanyak sembilan buah negeri telah dipilih bagi projek tersebut iaitu Perak, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Orang ramai mendapatkan maklumat tentang dasat-dasar kerajaan di tapak pameran KKMM, di sini semalam.

Orang ramai mendapatkan maklumat tentang dasat-dasar kerajaan di tapak pameran KKMM, di sini semalam.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Lee Chee Leong, berkata program ini turut melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul memberikan perkhidmatan mengikut kepakaran dan portfolio masing-masing.

“Yang mana tujuannya adalah satu, iaitu berkhidmat kepada masyarakat. Kerajaan sentiasa komited di dalam segala aspek yang dapat mendekatkan rakyat kepada info-info serta saranan yang bermanfaat.

“Kerajaan akan sentiasa memberi penekanan serta perhatian kepada masyarakat terutamanya kepada penduduk di Daerah Kampar ini,” katanya ketika merasmikan program tersebut, semalam.

Sementara itu, seorang pengunjung program, Nor Azmaidi Mohd Azhari, 34, berharap program seumpama ini dapat menyalurkan pelbagai informasi bermanfaat.

“Jarang program sebegini diadakan di Kampar ini, dengan pelbagai agensi yang ada hari ini, saya percaya pelbagai maklumat dapat disalurkan kepada rakyat,” ujar ibu tiga orang anak ini.

Tinggalkan komen anda