Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Ribuan Rakyat Kuala Krai Sambut Kedatangan TPM

By 4 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Zulfadli Ab Hamid & Suhaimi Nik Wil (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 4 April (Malaysiaaktif) – Penduduk Kuala Krai khususnya masyarakat rancangan perkampungan tersusun (RPT)  Batu Mengkebang cukup bertuah kerana dilawati oleh pemimpin nombor dua negara iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di SMK Mengkebang hari ini dalam satu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

Kehadiran Ahmad Zahid memberi suntikan semangat buat jentera Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi apabila beliau telah meluluskan peruntukan lebih RM5 juta untuk negeri Kelantan.

Dianggarkan lebih 25,000 rakyat tempatan membanjiri SMK Mengkebang sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, semalam.

Dianggarkan lebih 25,000 rakyat tempatan membanjiri SMK Mengkebang sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, semalam.

 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Abd Rahman, semua permohonan telah diluluskan Ahmad Zahid dihadapan 25,000 orang rakyat Kuala Krai.

“Antara permohonan yang dipohon peruntukan kepada ibu tunggal dan juga miskin sebanyak RM1 juta. Turut diminta sebanyak RM500 ribu peruntukan untuk diberikan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mesra kerajaan yang bertungkus lumus membantu semasa banjir besar 2014 yang lalu.

“Sementara itu sebanyak RM1 juta peruntukan untuk membaiki rumah daif di Parlimen Kuala Krai, pembinaan jambatan Kampung Temalir (RM2 juta), dan pembinaan madrasah di kawasan rumah kekal banjir di 5 buah kawasan penempatan (RM1 juta),” katanya ketika berucap sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dengan Timbalan Perdana Menteri, di sini semalam.

Zahid (tengah) bersama-sama kepimpinan kerajaan persekutuan bergambar sebelum majlis dimulakan.

Zahid (tengah) bersama-sama kepimpinan kerajaan persekutuan bergambar sebelum majlis dimulakan.

Sementara itu, Ahmad Zahid sempat berpesan kepada jentera BN supaya bekerja kuat dan jangan sesekali berpecah supaya impian untuk mentadbir Kelantan tercapai.

“Hasrat kita untuk memerintah Kelantan tidak mustahil jika semua jentera bekerja kuat dan penuh keikhlasan tanpa mengira penat dan lelah.

“Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat Kuala Krai pada hari ini dan berharap sokongan sebegini diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak lama lagi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, semalam.

-SH

Tinggalkan komen anda