Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Enam Nelayan Kuala Kedah Terima Rumah Baru

By 4 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan : Norulhuda Mohd / Foto : Noor Azian Saad

 

KUALA KEDAH, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Enam orang yang terpilih bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) 2017 menerima kunci rumah dari Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ia sempena Program Jelajah Muafakat Rakyat 2018 Parlimen Kuala Kedah bertempat di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, pada ahad.

Mereka menerima bantuan bina rumah baharu melibatkan kos sebuah rumah bernilai RM56 ribu.

IMG-20180404-WA0000

Selain itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diselaraskan oleh ICU dengan kerjasama KEDA telah memperuntukkan RM648 ribu bagi membina rumah baharu dan baik pulih rumah bagi Parlimen Kuala Kedah kepada penerima yang layak.

Bashah berkata, Program Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) yang telah diperkenalkan sejak Jun 2008 lagi bukanlah omong kosong Kerajaan Barisan Nasional.

Ianya dizahirkan dengan pelbagai bentuk bantuan yang telah dijanjikan kepada rakyat dan sehingga kini pemberian elaun ini dikekalkan, malah peruntukkan bagi ESHN ini juga ditambah daripada RM200 sebelum ini kepada RM300″ ujarnya lagi.

Menurut Ahmad Bashah, sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi elaun tersebut mengikut nelayan zon A, B dan C yang berada di dalam Parlimen Kuala Kedah keseluruhannya.

Selain penyampaian ESHN, Ahmad Bashah turut menyampaikan Geran Pembiayaan Rakan Usahawan TEKUN berjumlah RM243 ribu kepada penerima pembiayaan yang terdiri daripada 2 kategori iaitu Pembiayaan TEMAN TEKUN dan Pembiayaan TEMAN NITA khas kepada usahawan wanita sahaja.

Puan Noril Hida Osman, Wakili penerima Geran Pembiayaan Usahawan TEKUN bernilai RM243 ribu

Puan Noril Hida Osman, Wakili penerima Geran Pembiayaan Usahawan TEKUN bernilai RM243 ribu

Disamping itu juga, Lembaga Zakat Negeri Kedah turut serta dalam menyumbangkan ‘Kit Bantuan’ berbentuk barangan makanan asasi seperti beras, gula, kopi dan sebagainya kepada golongan kurang berkemampuan di dalam membantu mereka meringankan beban.

 

Azizah Shafie 62, penduduk Taman Kota Nelayan yang menerima sumbangan benih pokok Kelapa Matag daripada MADA

Azizah Shafie 62, penduduk Taman Kota Nelayan yang menerima sumbangan benih pokok Kelapa Matag daripada MADA

Sebanyak 1000 anak benih pokok kelapa matag juga diberikan kepada 500 penerima di dalam Parlimen Kuala Kedah melalui ‘Program Sumber Kekayaan Baharu’ (Tanaman Kelapa) sumbangan MADA turut disampaikan dalam program jelajah ini.

IMG-20180404-WA0001

Penduduk Kampung Sri Pantai, Halijah Abd Razak, 29, berkata kehadiran Menteri Besar Kedah ke kawasan ini amat dinantikan.

“Dahulu Datuk Syed Razak Syed Zain (Mantan MB) sentiasa datang melawat kami. Malahan kami juga amat berterima kasih kepada beliau kerana mengilhamkan kewujudan Perumahan Baru Taman Kota Nelayan ini”, katanya.

Masih ramai nelayan perlukan bantuan - Halijah Abd Razak

Masih ramai nelayan perlukan bantuan – Halijah Abd Razak

Kini kami amat berharap Datuk Ahmad Bashah juga dapat membantu kami dengan mewujudkan lagi perumahan baru kerana masih ramai nelayan yang tinggal di kawasan setinggan, ujarnya lagi.

– MRR

Tinggalkan komen anda