Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Jangan Menghukum Tapi Cuba Mengubati

By 6 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 6 April (Malaysiaaktif) – Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan dalam usaha membanteras gejala dadah.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Pasir Puteh, Azlina Mohd Zain berkata pendidikan dan perhatian daripada ibu bapa terhadap anak-anak adalah perlu dalam usaha mengesan dan membanteras penularan penyalahgunaan dadah terhadap anak mereka.

Sebahagian daripada OKP yang hadir.

Sebahagian daripada OKP yang hadir.

“Sehingga kini seramai 573 Orang Kena Pengawasan (OKP) tersenarai di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh,” katanya ketika ditemubual sempena Program Keluarga Bebas Dadah ‘Family On Alert (FOA)’ yang diadakan di Perkarangan Pejabat AADK Pasir Puteh.

Program yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Semerak merangkap Pengerusi Skuad AADK Pasir Puteh, Datuk Haji Zawawi Haji Othman, semalam.

Zawawi mengingatkan agar masyarakat dan keluarga OKP agar jangan mudah menghukum mereka yang terlibat dengan kancah dadah bahkan seharusnya sama-sama memberikan semangat serta dorongan agar dapat membanteras gejala penyalahgunaan dadah yang merosak agama, bangsa dan negara.

“Saya berharap OKP dan AADK mempunyai hubungan silaturahim yang erat sebagai usaha bersama-sama membantu mereka pulih daripada ketagihan najis dadah.

Zawawi ketika berucap merasmikan majlis.

Zawawi ketika berucap merasmikan majlis.

“Medium aplikasi media sosial seperti Whatsapp juga harus diwujudkan agar pemantauan dan perkongsian dua hala dapat dilaksanakan,” tambahnya lagi.

Seorang ibu kepada OKP, Zalina Hussin berkata beliau dan suami datang ke program pada hari ini adalah bertujuan untuk memberikan sokongan moral kepada anak kedua beliau yang baharu keluar dari Cure & Care Rehabilitation Center (CCRC) Jeli.

“Saya yakin anak saya dapat pulih daripada ketagihan dadah dan akan terus memberikan sokongan motivasi kepada beliau,” katanya.

Pelbagai program dijangka akan dilaksanakan oleh AADK Daerah Pasir Puteh antaranya adalah taklimat kerjaya dan program bersesuai untuk manfaat OKP agar dapat menjalani kehidupan seperti individu biasa.

-SH

Tinggalkan komen anda