Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Kenang Perjuangan Nenek Moyang

By 13 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Ramasamy Amas & Siti Noorezrin Mahmod         Foto : Khairudin A. Manaf  (Jempol)

JEMPOL, 13 April (Malaysiaaktif) – “Negara kita lahir hasil perjuangan Tungku Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin  dan Tun Sambathan yang berjuang untuk membebaskan negara  daripada cengkaman penjajah British awal tahun 1955. Jalinan kerjasama jitu bermula sejak peringkat awal lagi dan seharusnya terus dipertahan,” ucap Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid ketika merasmikan Program Jalinan Kasih Bersama Komuniti DUN Jeram Padang di Perkarangan Petronas Rompin, malam tadi.

“Kalau kita lihat kembali sejarah negara kita maju adalah hasil usaha pengorbanan dan persefahaman datuk nenek moyong kita sebelum merdeka dan apabila merdeka kita sama-sama dapat membangunkan negara,” tambahnya lagi.

Program Jalinan Kasih anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sembilan dengan kerjasama DUN Jeram Padang menghimpunkan lebih kurang 700 orang terdiri daripada pelbagai kaum bertujuan menyebarkan maklumat tranformasi kerajaan dan hala tuju masyarakat India.

Sebahagian daripada pengunjung program.

Sebahagian daripada pengunjung program.

Menurut Sukari lagi, kerajaan sedia ada dapat merangka pelbagai usaha dan perancangan kepada seluruh rakyat tanpa mengira penduduk bandar mahupun luar bandar bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

“Jabatan Penerangan mula melaksanakan program ini terutama kepada masyarakat India sejak tahun lepas untuk mengajak kaum India bersama dengan kaum-kaum lain memastikan kehidupan harmoni, aman dan tenteram seperti kita lihat pada malam ini,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sukari turut mengingatkan masyarakat berhati-hati dengan penyebaran anti berita palsu yang boleh mengundang tindakan mahkamah kerana akta tersebut telahpun diwartakan.

Sebelum itu, Dato L. Manickam telah menerangkan secara terperinci projek pembangunan yang telah dilaksanakan sejak lima tahun yang lalu.

Turut diadakan pengisian minyak petrol secara percuma kepada 300 pemilik motosikal terawal yang hadir.

Turut diadakan pengisian minyak petrol secara percuma kepada 300 pemilik motosikal terawal yang hadir.

“Saya berharap masyarakat India terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana sejak 2009 hingga sekarang masyarakat India terpelihara berbanding dengan pemimpin-pemimpin terdahulu,” ujarnya.

Menurut P.K Samy, 72, dari FELDA Palong 2, pelbagai insentif untuk pembangunan khususnya kepada masyarakat India disediakan agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

“Program Jalinan Kasih beserta sesi dialog dan jamuan makan malam yang diadakan pada malam ini memberi penjelasan kepada kami masyarakat India terutama di Jeram Padang ini, bahawa kami tidak dilupakan dan dipinggirkan oleh kerajaan,” katanya di Perkarangan Petronas Rompin, di sini malam tadi.

Manakala salah seorang penerima sumbangan, Rogeni Sevaraja, 76, dari Ladang Rompin, Jempol pula berikrar, akan keluar mengundi pada 9 Mei ini sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan yang banyak membantu selama ini dan memastikan ahli keluarganya juga akan turut serta.

Dalam Program Jalinan kasih turut diadakan penyampaian bantuan barangan kegunaan harian kepada 50 warga emas dan kurang upaya (OKU) dan pengisian minyak petrol secara percuma.

-SH

Tinggalkan komen anda