Guru Perlu Lahirkan Generasi Beridentiti Nasional Selaras PPPM – Salleh

3-01

     Laporan oleh: Asmidar Zainol / Foto: Johnny Joklis (Sabah)

 

Kota Belud, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Guru perlu melahirkan generasi muda yang beridentiti nasional selaras Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 – 2025.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak berkata matlamat tersebut adalah sebagai satu usaha negara dalam mencapai matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.

Guru-guru membacakan Ikrar Hari Guru.

Guru-guru membacakan Ikrar Hari Guru.

“Ini termasuk menanam keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, dwibahasa, etika dan kerohanian serta indentiti nasional.

“Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakarkan nasional dan berakalkan internasional.

“Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa berubah melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada cara luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking,” ujarnya.

Salleh (tengah) melancarkan gimik perasmian Hari Guru pagi tadi.

Salleh (tengah) melancarkan gimik perasmian Hari Guru pagi tadi.

Salleh ketika merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud Tahun 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambulion yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mohd Kassim Ibrahim.

Pada majlis itu, seramai 195 guru di daerah ini menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2018 dan Tokoh Guru Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud Tahun 2018 dianugerahkan kepada Allahyarham Matlan Datu Unjong yang diwakili oleh isterinya, Dayang Abiba Mohd Jais.

-MRR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...