Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

MyNic Berhad Sasar 3,000 Peserta Bengkel Perniagaan Atas Talian

By 13 April 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan oleh: Asmidar Zainol / Foto: Johnny Joklis (Sabah)

 

KOTA BELUD, 13 Apr (Malaysiaaktif) -Pengendali laman web.my, MyNic Berhad menyasarkan 3,000 peserta bengkel perniagaan atas talian pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hasnul Fadhly Hasan mendedahkan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu turut memfokuskan golongan mahasiswa sebagai golongan sasaran untuk menjalankan perniagaan seumpamanya.

“Kita mensasarkan pelajar-pelajar universiti untuk belajar cara untuk menjalankan perniagaan atas talian  atau secara tradisional melalui cara  kreatif mengunakan fotografi dan sebagainya.

Salleh (kiri) bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Salleh (kiri) bersalaman dengan tetamu yang hadir.

“Pada tahun lepas, kita telah mengadakan program bersama 60 sekolah di Kota Belud bersama pegawai-pegawai IT untuk meletakkan 60 sekolah di sini di atas talian.

“Selain  memberi kesedaran kepada para belia tentang identiti atas talian, kita juga memperkenalkan penjenamaan serta kepentingannya untuk golongan usahawan,” jelasnya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Van Kepada SMK Pekan II, dekat sini, pada Jumaat.

Menurut Hasnul, penyerahan van 14 penumpang dengan kos RM100 ribu tersebut merupakan salah satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MyNic Berhad.

Sementara itu, Pengetua SMK Pekan II, Liasin Kaloh melahirkan penghargaan terhadap pemberian van berkenaan yang akan memudahkan pergerakan para guru dan pelajar terutama dalam urusan rasmi serta kebajikan sekolah.

Liasin bergambar bersama van yang diterima.

Liasin bergambar bersama van yang diterima.

Hadir menyaksikan penyerahan van tersebut adalah Menteri KKMM, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak serta Pegawai Operasi MyNic Berhad, Norzaiton Senusi.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda