Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Program Menghubung Menyatu Dekati Rakyat Luar Bandar

By 15 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh: Asmidar Zainol / Foto: Johnny Joklis (Sabah)

KOTA BELUD, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Program Menghubung Menyatu menjadi medium untuk mendekatkan kerajaan dengan masyarakat luar bandar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata, ia seterusnya dapat menjalin hubungan lebih erat antara kerajaan dengan masyarakat di bandar dan luar bandar.

Salleh melancarkan wajah ba?ha?ru buletin terbitan Jabatan Penerangan Negeri Sabah

Salleh melancarkan wajah ba?ha?ru buletin terbitan Jabatan Penerangan Negeri Sabah

“Program-program kerajaan yang dianjurkan bukan hanya tertumpu kepada kawasan bandar sahaja tetapi juga kepada masyarakat di luar bandar untuk menikmati perubahan pembangunan terutamanya dalam bidang digital.

“Ia sebagai usaha yang kita telah tetapkan sebanyak 95 peratus kawasan di Malaysia akan menikmati kemudahan internet menjelang 2020.

Salleh melawat pameran pada program berkenaan

Salleh melawat pameran pada program berkenaan

“Selain itu, melalui program ini, maklumat-maklumat mengenai program dan dasar kerajaan juga dapat disebarkan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai perbezaan Kota Belud sekarang dan dahulu, Salleh berkata banyak perubahan telah dilaksanakan untuk kemajuan daerah tersebut.

“Kota Belud kini banyak perubahannya, lebih moden dan terlibat aktif dalam pembangunan negara.

Salleh menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi Muafakat ?K?omuniti ?1Malaysia? Sabah?,?Mohd Tahir Mohd Soon

Salleh menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi Muafakat ?K?omuniti ?1Malaysia? Sabah?,?Mohd Tahir Mohd Soon

“Kita tidak mahu menjadi penonton dan penumpang pembangunan negara tetapi kita mahu terlibat secara aktif membangunkan negara.

“Dan kerana itulah kita tidak boleh lari daripada dunia digital kerana dunia digital ini tiada sempadannya dan yang penting kita ada keinginan dan kemudahannya,”jelasnya.

Salleh berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Perasmian Program Negaraku: Menghubung Menyatu Peringkat Negeri Sabah 2018 di padang Sekolah Kebangsaan Tamu Darat
di sini.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha KKMM, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Strategik, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid;Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam dan Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling.

-MRR

Tinggalkan komen anda