Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Remaja Lemas Di Sungai Padas Berjaya Ditemui

By 15 April 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan oleh: Kenny Thomas/ Foto: BBP Tenom

TENOM, 15 Apr (Malaysiaaktif)- Mayat seorang remaja berusia 15 tahun berjaya ditemui pada jam 1.50 tengahari tadi oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, dekat sini.
IMG-20180415-WA0009
Menurut Ketua BBP Tenom Tuan Zainal Sinsian, mangsa dilaporkan lemas di Sungai Padas pada jam 10.40 pagi tadi, ketika mangsa mandi di kawasan tersebut.
“Rumah mangsa terletak di tebing sungai dan pada ketika itu mangsa mandi bersama-sama dengan kakak dan adik kandung masing-masing berusia 18 tahun dan 12 tahun, serta seorang adik sepupu juga berusia 12 tahun,” katanya.
IMG-20180415-WA0007
Mangsa yang juga merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah St. Anthony Tenom bersama dengan adik-beradiknya dijaga oleh nenek mereka, apabila kedua-dua ibu bapa mangsa bercerai.
Operasi mencari mayat mangsa melibatkan lima orang anggota terdiri daripada anggota BPP Tenom dan dibantu lima orang anggota Pasukan Skuba Zon Beaufort dan juga anggota Balai Polis Tenom seramai empat orang.
-MRR

Tinggalkan komen anda