Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

21 Kumpulah Burdah Berentap Sempena Isra Mikraj

By 15 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan : Siti Yusmila Yuosf
Foto : Umikalsom & Hashimah

 

BALING, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 21 kumpulan burdah dari seluruh Daerah Baling telah menyertai Pertandingan Burdah Peringkat Daerah Baling di Surau Batu 1, Kuala Ketil pada jumaat.

Ia diadakan sempena dengan sambutan Israk Mikraj.

IMG-20180415-WA0013

Pertandingan anjuran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia di pengerusikan oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ini dibuat secara berperingkat bermula dari DUN Kupang yang diwakili lima kumpulan.

Tazkiran dan sesi soal jawab Israk Mikraj

Tazkiran dan sesi soal jawab Israk Mikraj

DUN Kuala Ketil pula, tujuh kumpulan dan dari DUN Bayu sebanyak sebelas kumpulan.

Kumpulan Nurul Iman dari Kampung Binjul Dalam, Tawar telah dinobatkan juara keseluruhan dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Kumpulan Nurul Iman dari Kg. Binjul Dalam, Tawar johan Pertandingan Burdah

Kumpulan Nurul Iman dari Kg. Binjul Dalam, Tawar johan Pertandingan Burdah

Ketua kumpulan Nurul Iman, Kamariah Abdul Gani tidak menyangka kumpulanya akan menjadi johan pada hari ini.

“Kami hanya sempat berlatih dua hari sebelum pertandingan. Ini kerana masing-masing mempunyai komitmen terhadap keluarga”.

“Penyertaan kami ini sekadar menyahut pelawaan dari Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dan tidak menyangka akan menjadi johan. Alhamdulillah, ini semua rezeki dari Allah,” katanya lagi.

Salah seorang ahli kumpulan ini, Umikalsom Abdul, 56, berkata walaupun hanya berlatih selama dua hari, namun keserasian diantara mereka telah wujud l kerana sering memenuhi undangan di majlis-majlis perkahwinan serta majlis keraian yang lain.

“Terima kasih diucapkan kepada Datuk Dr. Mashitah di atas penganjuran majlis hebat seumpama ini, “, katanya.

Rokiah Putih, 61 antara ahli kumpulan yang senior turut melahirkan rasa gembira apabila kumpulanya dinobatkan johan keseluruhan.

“Kami tidak menyangka dapat mengalahkan 20 lagi kumpulan burdah yang bertanding pada hari ini,” katanya.

Juri pertandingan hari ini dibawakan khas dari Daerah Sik.

IMG-20180415-WA0012

Selain dari pertandingan burdah, pertandingan azan dan sesi soal jawab Israk Mikraj turut diadakan.

– MRR

Tinggalkan komen anda