Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

MB Johor Lancar Lagi 1,122 Buah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

By 16 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Othman & Najib Mohaini

PASIR GUDANG, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melancarkan projek pembinaan 1,122 buah rumah mampu milik yang akan dibina oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), United Malayan Land (UMLand) Bhd, di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Khaled berkata, beliau yakin Syarikat UMLand Bhd mampu meyiapkan projek pembangunan RMMJ ini yang dijangka siap pembinaannya dalam tempoh 36 bulan.

“Memang sejak dari mula saya memimpin Kerajaan Negeri selaku Menteri Besar, antara perkara yang diberikan perhatian adalah kehendak dan keperluan rakyat Johor memiliki rumah mampu milik dalam bandar yang pesat membangun.

Antara perkara yang diberikan perhatian Kerajaan Negeri adalah kehendak dan keperluan rakyat Johor memiliki rumah mampu milik dalam bandar yang pesat membangun – Datuk Seri Khaled Nordin.

Antara perkara yang diberikan perhatian Kerajaan Negeri adalah kehendak dan keperluan rakyat Johor memiliki rumah mampu milik dalam bandar yang pesat membangun – Datuk Seri Khaled Nordin.

Apabila mereka memiliki rumah mereka sendiri, mereka akan rasa terlindung dan dapat beri tumpuan untuk membina keluarga yang baik. Sebab itu, saya selalu nyatakan pembinaan rumah mampu milik ini adalah satu projek untuk kita menjayakan kehidupan masyarakat kita,” ujarnya ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Bandar Seri Alam, di sini, pada ahad.

Projek baharu ini melibatkan pembinaan 421 unit Perumahan Komuniti Johor (PKJ-B) dan 701 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Projek baharu ini melibatkan pembinaan 421 unit Perumahan Komuniti Johor (PKJ-B) dan 701 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Pembangunan RMMJ yang baharu ini meliputi kawasan seluas 18.46 ekar dan terletak secara strategik di UMLand Seri Alam, yang juga dikenali sebagai ‘City of Knowledge’.

UMLand Bhd akan membina sebanyak 421 unit Perumahan Komuniti Johor (PKJ-B) yang akan dijual dengan harga RM80 ribu seunit dan 701 buah unit Rumah Mampu Milik Johor yang akan dijual dengan harga RM150 ribu seunit.

Menurut Pengarah UMLand, Datuk Syed Akmal Khalid Syed Mohammed, pihaknya menyedari wujud kebimbangan masyarakat terhadap peluang memiliki rumah sendiri berikutan peningkatan harga rumah yang berlaku ketika ini.

Dengan kerjasama berterusan antara pemaju UMLand dan Kerajaan Negeri, lebih ramai orang Johor, terutamanya keluarga muda, akan mendapat manfaat daripada usaha ini pada tahun-tahun akan datang – Datuk Syed Ahmad Khalid.

“Ini juga satu penghormatan bagi UMLand untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif dimana pemaju dapat menyediakan rumah yang bukan sahaja berpatutan dari segi harga tetapi juga berkualiti pembinaannya,” jelasnya.

Hadir sama Pengerusi UMLand, Tun Musa Hitam, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Haji Abdul Rahim Nin, Setiausaha Bahagian SUK Bahagian Perumahan, Haji Mohd Radzi Haji Mohd Amin dan Pengarah UMLand, Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed.

  • MRR

Tinggalkan komen anda