Teknologi Bukan Penghalang Sesuatu Tradisi

1

 

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto: Azman Jumat (Sabah)

 

Kota Belud, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Kasih sayangnya terhadap haiwan peliharaannya terpancar apabila melihat Pelin Sara, 67 menyuapkan kuda yang digelar ‘Bujang Lapuk’ dengan nasi berlaukkan ayam masak merah.

Menurut Pelin, Bujang Lapuk yang berusia 25 tahun serta ‘Playboy’ yang berusia 15 tahun di peliharanya sejak kecil dan kini telah menjadi sumber pendapatannya untuk meneruskan kehidupan.

Playboy...antara kuda milik Pelin yang dibawa bersamanya.

Playboy…antara kuda milik Pelin yang dibawa bersamanya.

“Nama mereka memang kami sendiri yang berikan sejak kecil, saya sendiri sudah memulakan perniagaan ini lebih 30 tahun dengan mendapat galakan daripada Jabatan Pelancongan.

“Bermula disitu kami menyediakan pakaian untuk mereka supaya kelihatan menarik, selain menawarkan khidmat menunggang kuda di Kampung Siasai, pelancong juga dapat mencari kami di Tamu Kota Belud setiap ahad,”katanya.

Tambahnya, sebanyak lima helai baju disediakan untuk kuda-kuda kesayangannya yang dijahit dengan manik bercorakkan motif etnik Bajau.

Dengan bayaran sebanyak RM10 hingga RM20 pula, pelanggan boleh bergambar dan menunggang kuda miliknya tanpa tempoh minimum.

Pelin juga sering ditemani oleh cucunya yang berusia 14 tahun dan beliau berharap agar cucunya itu dapat mewarisi pekerjaannya ini, supaya tradisi tersebut dapat diteruskan.

Pelin ditemui bersama kudanya di dalam Program Negaraku: Menghubung Menyatu @ Kota Belud anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Sekolah Kebangsaan Tamu Darat pada sabtu.

4Sementara itu, pempamer baju tradisi etnik Dusun, Neirin Dulah, 58 yang ditemui di khemah Kampung Tamu Darat berusaha supaya dapat meneruskan pembuatan baju tradisi untuk manfaat generasi muda.

“Selagi penglihatan saya masih baik, saya tidak akan berhenti membuat pakaian tradisi ini supaya ia tidak pupus dan masih dapat digunakan oleh generasi muda.

“Jika di lihat, saya masih kekalkan pakaian tradisi menggunakan rinagang, iaitu sejenis aksesori yang diperbuat daripada rotan yang digunakan untuk menutupi dada.

“Walaupun rotan agak sukar ditemui sekarang dan cara membuatnya agak remeh, tapi saya akan tetap buat supaya ia tidak pupus,”ujar Neirin.5

Menurut Neirin, rotan yang diperolehnya dihaluskan dan direndam di dalam air lumpur supaya tahan lama dan rotan tidak diserang ulat.

“Selepas dibiarkan selama dua hingga tiga hari, rotan diangkat dan dicuci, kemudian di lap kering sebelum di cat berwarna merah.

“Saya tetap teruskan pekerjaan ini walaupun hanya secara sampingan kerana minat dan masih ada permintaan, saya akan mula membuatnya pada sebelah petang selepas bersawah,”katanya.

Sesuai dengan kerumitan cara membuatnya, Neirin menjual baju hasil  jahitannya antara RM200 hingga RM1000 mengikut jantina dan saiz.

Beliau yang juga menanam sayur dan menoreh getah turut mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) yang hanya akan digunakan disaat kecemasan.

6“Pendapatan saya dengan sewaan dan jualan baju juga banyak membantu kehidupan kami, walaupun begitu saya akan tetap teruskan juga sebab minat dan tanggungjawab kepada etnik Dusun,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang pengunjung, Mohamad Bidin, 52 mengambil kesempatan berkunjung ke program tersebut bersama ahli keluarganya untuj meninjau keindahan Kota Belud.

“Saya adalah pengunjung daripada daerah Pitas dan turut mengambil bahagian dalam pameran mewakili Komuniti 1Malaysia daerah Pitas dengan mempamerkan produk ikan bilis.

“Pada hari ini saya tertarik dengan kuda yang mana pemiliknya membenarkan kita menunggang kuda miliknya dan kami juga menyokong warga Kota Belud kerana ini salah satu budaya yang ditonjolkan dan acara ini sangat baik dan dapat menarik pelancong luar.

3

“Ini adalah salah satu cara kita menjaga perpaduan yang ada di negeri ini, tidak benar ura-ura yang mengatakan perpaduan tidak wujud di Sabah, sebenarnya perpaduan di Sabah cukup kami jaga.

“Tidak kita bangsa apa kita akan beri kerjasama. Saya sentiasa mencari peluang sebegini dan membawa anak-anak bersama supaya mereka faham perpaduan itu harus wujud selama-lamanya dan tradisi setiap kaum harus dikekalkan,”jelasnya.

Sementara itu juga, Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling menjelaskan bahawa penganjuran program tersebut turut menyediakan beberapa ruang pameran pelbagai bentuk khas untuk pihak-pihak tertentu mempamerkan perkhidmatan masing-masing.

“Untuk Kota Belud, kita telah mengadakan pameran antaranya menonjolkan keunikan satu-satu kaum ataupun tradisi contohnya memberi peluang untuk menayangkan kuda Bajau yang menggunakan kuda hidup.

“Seterusnya kita turut membuka peluang kepada masyarakat menunjukkan pakaian tradisi seperti pakaian dusun, bertujuan supaya mereka dapat menonjolkan ciri-ciri tersebut.

“Kita ingin menjadi sebahagian daripada  usaha-usaha kelangsungan dan penerusan kehidupan tradisi ini supaya tidak mati ditelan zaman disebabkan arus pebangunan yang begitu pesat.

Swady bangga JaPen dapat membantu memberi publisiti kepada pengusaha.

Swady bangga JaPen dapat membantu memberi publisiti kepada pengusaha.

“Ciri-ciri ini selalu diabaikan oleh generasi baru dan kita mengharapkan usaha-usaha sebegini dapat diteruskan juga di tempat lain,”jelasnya.

Tambahnya juga, motif penganjuran tersebut juga untuk menghubungkan masyarakat dengan keunikan masing-masing dan saling berhubung antara satu sama lain menggunakan kemajuan teknologi.

“Teknologi bukanlah penghalang kepada sesuatu tradisi, malahan disitu turut wujud peluang, kerana mereka boleh gunakan kemajuan teknologi untuk masuk dalam media sosial.

“Mereka boleh menayangkan keunikan mereka dan gunakannya untuk ceburi bidang keusahawan dan dengan menjual produk mereka. Ini lah peluang yang mereka harus ambil dan JaPen juga bangga dapat membantu mereka,”kata Swady.

 

– MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...