TASKA YPKDT Kota Iskandar Penjagaan Anak Penjawat Awam

WhatsApp Image 2018-04-16 at 17.05.41

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Othman

 

ISKANDAR PUTERI, 16  Apr (Malaysiaaktif) – Pembinaan TASKA Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) ini sememangnya sesuatu yang sangat dinantikan oleh seluruh penjawat awam di negeri Johor khususnya bagi mereka yang berkhidmat di kawasan pentadbiran Kota Iskandar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Hajah Asiah Md. Ariff lagi, pembangunan TASKA ini juga adalah selari dengan dasar Johor Prihatin sebagaimana yang menjadi elemen penting dalam pembangunan negeri Johor.

Kerajaan sentiasa peka dan prihatin kepada kepentingan menyediakan pendidikan awal yang baik dan berkualiti kepada kanak-kanak sebagai asas kepada pembangunan insan – Hajah Asiah Md. Ariff.

Kerajaan sentiasa peka dan prihatin kepada kepentingan menyediakan pendidikan awal yang baik dan berkualiti kepada kanak-kanak sebagai asas kepada pembangunan insan – Hajah Asiah Md. Ariff.

“Kerajaan sentiasa peka dan prihatin kepada kepentingan menyediakan pendidikan awal yang baik dan berkualiti kepada kanak-kanak sebagai asas kepada pembangunan insan yang mampu melahirkan generasi pelapis berminda kelas pertama.

Bangunan TASKA YPKDT Kota Iskandar terletak di atas tanah seluas 8.5 hektar ini dijangka siap beroperasi pada tahun 2019 dengan anggaran kos sebanyak RM960 ribu.

Bangunan TASKA YPKDT Kota Iskandar terletak di atas tanah seluas 8.5 hektar ini dijangka siap beroperasi pada tahun 2019 dengan anggaran kos sebanyak RM960 ribu.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong lebih banyak kementerian, jabatan atau agensi awam untuk menubuhkan TASKA di tempat kerja sebagai satu sokongan kepada ibu bapa bekerja,” ujarnya ketika berucap di Majlis Pecah Tanah TASKA YPKDT Kota Iskandar, di sini, hari ini.

TASKA YPKDT Kota Iskandar telah mula dirancang sejak tahun 2010 iaitu berikutan perpindahan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di Kota Iskandar pada tahun 2009.

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, Dr. Haji Khalid Haji Jusoh lagi, usaha pembangunan TASKA Kota Iskandar ini bermula dengan sebuah Kajian Keperluan TASKA dan TADIKA di Kota Iskandar yang dilaksanakan secara usahasama antara YPKDT dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

TASKA YPKDT Kota Iskandar telah mula dirancang sejak tahun 2010 iaitu berikutan perpindahan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di Kota Iskandar pada tahun 2009 – Dr. Haji Khalid Haji Jusoh.

TASKA YPKDT Kota Iskandar telah mula dirancang sejak tahun 2010 iaitu berikutan perpindahan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di Kota Iskandar pada tahun 2009 – Dr. Haji Khalid Haji Jusoh.

“Dapatan hasil kajian tersebut mendapati 70 peratus penjawat awam yang bertugas di kawasan Kota Iskandar ini memerlukan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak,” jelasnya.

Bangunan yang terletak di atas tanah seluas 8.5 hektar ini mampu menempatkan seramai 50 orang kanak-kanak pada satu-satu masa dan jumlah ini mengikut garis panduan TASKA dan TADIKA, Jabatan Perancang Bandar dan Desa 2012, Pusat Permata Negara (PAPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pembangunan ini dijangka siap beroperasi pada tahun 2019 dengan anggaran kos sebanyak RM960 ribu.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Cahaya Jauhar, Mohd Auzir Mohd Tahir dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, Ir. Che Mohd Dahan Che Jusof.

  • MRR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...