Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Bulan Autisme Pupuk Kesedaran Terhadap Anak Autisme

By 18 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto Oleh : Fasharina Kholil dan Rasidi Che Sa

SIK, 18 Apr (Malaysiaaktif) – “Kita perlu ubah dan memperbetulkan minda serta persepsi terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU) agar mereka berasa tidak terpinggir dan tersisih,” jelas Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Sharifah Mohd Daud ketika ditemui semasa Program Semarak Kasih Bersama PDK Sik, di sini pagi tadi.

Program ini diadakan bagi meraikan Sambutan Bulan Autisme yang diraikan pada 2 April setiap tahun bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap anak-anak yang mempunyai keunikan autisme.

Sharifah dan petugas PDK turut menyertai pertandingan sukaneka

Sharifah dan petugas PDK turut menyertai pertandingan sukaneka

Sharifah yang sudah hampir 19 tahun berkhidmat dengan PDK Sik turut berharap agar masyarakat tidak memandang rendah kemampuan anak-anak istimewa ini kerana setiap daripada mereka mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.

Sharifah turut mengingatkan orang ramai agar lebih peka terhadap golongan OKU ini dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan asas yang telah disediakan khas kepada golongan OKU.

“Kerajaan menyediakan kemudahan asas kepada OKU seperti tempat letak kereta bagi memudahkan mereka (OKU) meletakkan kenderaan di tempat yang telah dikhaskan. Oleh itu, orang ramai perlu mempunyai nilai dalam diri mereka yang membolehkan mereka menghormati hak dan kemudahan yang telah disediakan kepada OKU,” jelas Sharifah lagi.

Pertandingan tarik upih

Pertandingan tarik upih

Program anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Sik dan PDK ini turut melibatkan beberapa aktiviti sukan seperti Tarik Upih, Kerusi Berirama serta Tuju Kasut.

3

Sementara itu, menurut Siti Nur Salwa Mohd Rapi daripada Unit Fisioterapi Klinik Kesihatan Jeniang, dia akan mengadakan lawatan setiap bulan ke setiap PDK bagi memberi latihan fisioterapi kepada para pelatih.

“Saya juga memberi latihan asas kepada guru PDK supaya mereka dapat mempratikkan senaman serta latihan fisioterapi ini. Latihan ini perlu dan ianya satu keperluan kepada semua pelatih untuk membantu setiap daripada mereka agar dapat mencapai potensi maksimum untuk berdikari dan menggalakkan penyertaan aktif di rumah, sekolah dan dalam kalangan masyarakat,” jelasnya lagi.

Siti Nur Salwa (tudung kuning) bersama barisan penganjur dan urus setia

Siti Nur Salwa (tudung kuning) bersama barisan penganjur dan urus setia

Tinggalkan komen anda