Skip to main content
Berita TempatanHomePahangPutrajaya

Jalinan Kasih Platform Menyatupadukan Rakyat – Ibrahim

By 19 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PEKAN, 18 April (Malaysiaaktif) – Satu Malaysia bukanlah slogan semata-mata tetapi adalah usaha kita untuk menyatupadukan rakyat.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata berbekalkan semangat bantu membantu sesama masyarakat, Program Jalinan Kasih mengambil tempat.

“Program yang diadakan ini adalah untuk mendampingi masyarakat setempat menerusi aktiviti kemasyarakatan merangkumi aktiviti pemasaran maklumat selain mengukuhkan ikatan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Ibrahim (kiri) ketika menyampaikan titik sentuhan di kediaman baharu Osman Abdullah, 64, (dua dari kanan) yang menerima bantuan pembaikan rumah di Kampung Pahang Tua.

Ibrahim (kiri) ketika menyampaikan titik sentuhan di kediaman baharu Osman Abdullah, 64, (dua dari kanan) yang menerima bantuan pembaikan rumah di Kampung Pahang Tua.

“Beberapa minggu lalu, kita telah membantu mereka yang memerlukan dengan membina dan membaiki rumah secara bergotong-royong di Pekan ini.

“Ini juga merupakan sebahagian daripada fungsi dan tanggungjawab Kementerian Komunikasj dan Multimedia Malaysia (KKMM) walaupun kita terkenal dengan mengerjakan program-program bersifat digital, kita perlu juga merakyatkan perhubungan itu,” katanya sempena program Menghubung Menyatu KKMM dan Kembara Jalinan Kasih Parlimen Pekan, hari ini.

Dalam pada itu, Ibrahim turut menyelar tindakan beberapa pihak yang menyebarkan berita-berita palsu dengan niat-niat tertentu demi kepentingan peribadi.

Ibrahim (tengah) ketika Pesta Mengemping K1M, di sini siang tadi.

Ibrahim (tengah) ketika Pesta Mengemping K1M, di sini siang tadi.

“Dalam kita menghadapi pilihanraya yang tidak lama lagi, maka kita hendaklah sentiasa prihatin dan sensitif tentang apa yang kita terima menggunakan media sosial.

“Semalam KKMM menyebut sebanyak lebih 1500 berita palsu telah dikenal pasti lantaran akta berita palsu baharu sahaja digubal dan digazetkan untuk digunapakai.

“Saya nasihatkan untuk kita berhati-hati terutamanya dalam menyebarkan maklumat yang kita sendiri tidak pasti,” tambahnya yang ditemui selepas acara Pesta Mengemping Komuniti 1 Malaysia (K1M) di Padang Awam Sebelah Sekolah Kebangsaan Pahang Tua, di sini.

Tinggalkan komen anda