Skip to main content
Home

Wira Gadai Nyawa Dapat Penghargaan Kerajaan Persekutuan

By 21 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh : S. Shalene / Foto : Shamsul Bahari Abd. Shukor. ( Pulau Pinang )
GEORGE TOWN ,21 April  ( Malaysiaaktif )- Majlis Penghargaan Khas Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang kepada Zaidi Salleh, seorang individu yang menggadaikan nyawanya bagi menyelamat seorang wanita yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada 18 April lalu telah diadakan di Pejabat Majlis Keselamatan Negeri Pulau Pinang (MKN), di sini, semalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Zainal Abidin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang yang turut disertai oleh Datuk Syed Shaari Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang (ICU), Datuk A. Thaiveegan, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang dan Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara.

Wira-wira yang diraikan, Zaidi Salleh, Mohd Fitri Abu Hassan dan Megat Taufik Megat Kamaruddin telah hadir pada program tersebut.

IMG-20180421-WA0001Zaidi Salleh merupakan seorang Konstabel Polis Bantuan, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang, Zaidi Salleh, 52 yang mempunyai 3 orang anak telah memberitahu bahawa dia telah mendapat panggilan daripada rakan sekerja di mana mangsa telah terjun ke dalam laut, dengan tidak melengahkan masa Zaidi telah mengambil tindakan ini atas perikemanusian dan beliau juga menyatakan bahawa ini adalah nyawa seseorang maka beliau tidak mengira bangsa dan kaum.

Zaidi bersama 2 orang rakan sekerjanya telah mengambil masa kira-kira 35 minit untuk mendapat bantuan bot penyelamat.

IMG-20180421-WA0004Majlis telah diadakan untuk menghargai jasa 3 orang polis bantuan ini atas keberanian mengambil tindakan tanpa sebarang keraguan. Mereka adalah contoh kepada setiap anggota polis mahupun orang ramai dan tindakan seperti ini mencerminkan seorang warganegara yang mulia, menurut Datuk Seri Zainal Abidin.

Zainal juga berkata, “Saya turut bersyukur bahawa pada ketika ini masih terdapat lagi insan yang perihatin seperti Zaidi yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamat individu lain yang tidak dia kenali.”

“Inilah merupakan satu contoh seorang warganegara yang bertanggungjawab dan patut menjadi contoh kepada seluruh rakyat Malaysia serta generasi akan datang, ” tambah Zainal lagi.

 

-AZR-

 

Tinggalkan komen anda