Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Regatta Lepa 2018 Tonjol Budaya Unik Bajau

By 21 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto: Azman Jumat(Sabah)

 

SEMPORNA, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Pasti semua maklum dan kagum dengan bakat semulajadi etnik Bajau Laut yang mampu menyelam lama tanpa menggunakan tong oksigen.

1Johan pertandingan selam lama, Isnani Ali, 45 berkata aktiviti menyelam sememangnya satu rutin biasa buat kaum itu sejak lama dahulu bagi mendapatkan sumber makanan.

“Saya bangga saya berbangsa Bajau dan saya bangga menunjukkan pada pelancong luar keunikan bangsa Bajau yang boleh menyelam lama di bawah air.

“Acara air yang dijalankan setiap kali sambutan Regatta Lepa ini pasti akan kami sertai kerana ini sahaja masanya kami dapat bersukan dan tunjuk kebolehan masing-masing.

2

“Selain itu, inilah harinya kami dapat berkumpul dan berjumpa kawan-kawan dalam suasana yang meriah kerana selepas habis acara, tidak pasti bila akan dapat berjumpa lagi,” katanya yang berasal dari Kampung Sumandeh.

Isnani ditemui ketika selesai menyertai acara sukan laut iaitu selam lama dan lumba perahu. Acara lain yang turut dipertandingkan ialah acara renang selain Lepa berhias yang menjadi penyeri Regatta Lepa setiap tahun.

Peserta gembira ketika mendahului yang lain dalam acara berenang.

Peserta gembira ketika mendahului yang lain dalam acara berenang.

Sambutan pada tahun ini di rasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N.54 Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Menurut Ramlee, untuk tahun ini sambutan Regatta Lepa sangat menakjubkan dan menyerlahkan semangat rakyat Semporna dalam memartabatkan budaya suku kaum Bajau.

“Kita dapat saksikan hari ini sungguh meriah sekali khususnya penampilan Lepa Unggul yang memang terkenal dengan senibinanya oleh rakyat Semporna serta penglibatan sukan laut yang begitu ramai.

 Lepa Abisa yang memenangi Lepa Unggul untuk tahun ini.

Lepa Abisa yang memenangi Lepa Unggul untuk tahun ini.

“Rakyat juga dapat melihat bahawa setiap pelancaran Regatta Lepa bukan sahaja rakyat Semporna malah akan dihadiri oleh pelancong luar.

“Ini hebatnya Regatta di mana pengisiannya yang lebih menonjol ialah dari segi senibinanya dan penampilan budaya serta produk-produk pelancongan yang tentunya menjadi tarikan dan menjana sosioekonomi rakyat,”jelasnya.

Ramlee juga berhasrat untuk perhebatkan lagi sambutan Regatta Lepa 2019 pesta ini adalah kehebatan Semporna.

Beliau turut berterima kasih kepada Ketua Menteri yang menambah peruntukan setiap tahun penganjuran dan mengharapkan untuk tahun 2019 akan diberikan sumbangan yang lebih besar.

Biskai (kiri) menerima wang tunai daripada Ramlee (tengah) sambil diperhati oleh Hajan (kanan)

Biskai (kiri) menerima wang tunai daripada Ramlee (tengah) sambil diperhati oleh Hajan (kanan)

Tambahan Kategori baru tahun ini iaitu Lepa Unggul dan Juara Bertahan dimenangi oleh Lepa Abisa kepunyaan Haji Biskai Mastal yang turut meraih gelaran Raja Lepa manakala Johan Pertandingan dimenangi oleh Lepa Haji Antalaji Sahibad.

Turut hadir, Pengerusi SEDCO merangkap Pengerusi Persatuan Anak Seni Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, Pegawai Daerah Semporna, Dr. Chacho Bulah; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Saraya Abi dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana, Datuk Hajan Gurimbang.

-MRR

Tinggalkan komen anda