Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Keluhuran Akhlak Asas Keimanan

By 22 April 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Zaidi Jamin (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Setiap individu dalam masyarakat disaran menjadikan keluhuran akhlak asas keimanan seharian kerana akhlak yang baik akan memberi kesan positif kepada organisasi, masyarakat dan ummah.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif berkata, akhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu muslim.

Junaidi ( tiga kiri hadapan) menyampaikan hadiah dan sijil kepada Johan Qari Pertandingan Tilawah Al-Quran kepada Muhamad Taufiq mewakili Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu.

Junaidi ( tiga kiri hadapan) menyampaikan hadiah dan sijil kepada Johan Qari Pertandingan Tilawah Al-Quran kepada
Muhamad Taufiq mewakili Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu.

“Jika setiap individu berakhlak mulia, sudah pasti masyarakat akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan, kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara dan perpecahan.

“Dalam konteks ketamadunan Islam dan kemajuan negara, seorang individu adalah digalakkan supaya mengiltizamkan diri terlebih dahulu dengan budi pekerti yang luhur.

Junaidi turut menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta bagi kategori Hafazan kanak-kanak disaksikan oleh Dr. Heric(kanan) dan Dr. Mohd Ferous (kiri)

Junaidi turut menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta bagi kategori Hafazan kanak-kanak disaksikan oleh Dr. Heric(kanan) dan Dr. Mohd Ferous (kiri)

“Kemudian realisasikannya pula kepada orang lain kerana keluhuran akhlak mampu membentuk moral yang baik kepada generasi akan datang sekaligus sebagai asas kekuatan ummah sejagat,”katanya.

Jelasnya, umat Islam sewajarnya mencontohi keperibadian dan akhlak baginda Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan.

Johan Pidato.. Mohd Irshad Elahee ketika menerima hadiah disampaikan oleh Junaidi bersama-sama Dr. Razak(kiri) Dr. Mohd Ferous ( kedua kiri) Dr. Heric (Kedua Kanan) dan Dr. Ahmad Toha(Kanan).

Johan Pidato.. Mohd Irshad Elahee ketika menerima hadiah disampaikan oleh Junaidi bersama-sama Dr. Razak(kiri) Dr. Mohd
Ferous ( kedua kiri) Dr. Heric (Kedua Kanan) dan Dr. Ahmad Toha(Kanan).

Budi pekerti yang luhur adalah salah satu sifat yang dimiliki rasulullah s.a.w dan telah menjadi amalan harian baginda sehingga dapat menyatukan ummah dan menyebarkan agama Islam hingga ke hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Haji Junaidi Haji Jumahad dalam program Seminar Penerapan Nilai-Nilai Murni Peringkat Zon Pantai Barat Selatan bertempat di Auditorum Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah pada Sabtu.

Kumpulan Humairah dengan tajuk lagu ‘pulang’ dinobatkan Johan pertandingan bagi kategori Nasyid.

Kumpulan Humairah dengan tajuk lagu ‘pulang’ dinobatkan Johan pertandingan bagi kategori Nasyid.

Terdahulu Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Heric Corray yang juga Pengerusi Pelaksana Seminar berkata, penganjuran seminar yang berkonsepkan pembangunan kerohanian akan terus dipergiat bagi membentuk moral dan sikap positif setiap warga perubatan.

“Seminar Penerapan Nilai-Nilai Murni dengan tema ‘Akhlak Mulia Tonggak
Kecemerlangan Ummah’ merupakan program tahunan Jabatan Kesihatan negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama hospital yang antara lain.

“Program ini bertujuan untuk menyemarakkan dan menyemai rasa cinta warga perubatan dan kesihatan kepada organisasi disamping menjana mentaliti tahap pertama dalam jiwa kalangan warganya.

Junaidi berserta pegawai perubatan, ahli panel pertandingan serta ahli jawatankuasa penganjur merakamkan kenangan di pentas

Junaidi berserta pegawai perubatan, ahli panel pertandingan serta ahli jawatankuasa penganjur merakamkan kenangan di pentas

“Selain menjadi wadah untuk terus mengukuhkan hubungan silatulrahim kalangan warga perubatan, seminar ini juga dijadikan landasan terbaik bagi memilih wakil-wakil yang berpotensi melalui pertandingan Tilawah Al-quran, nasyid, hafazan, pidato dan pertandingan bercerita bagi kategori kanak-kanak untuk mewakili zon ke peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan.

“Antara pengisian seminar yang berlangsung dua hari adalah sesi forum yang turut menjemput panel-panel penceramah bertauliah,”jelas Heric.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah (JKNS) , Dr. Mohd Ferous Alias; Pengarah
Hospital Queen II, Dr, Haji Razak bin Timbi; Pengerusi PERKIPS HQE, Dr. Ahmad Toha Bin Samsuddin; Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan Hospital.

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda