Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Musa Ketuai Kabinet Baharu Sabah

By 11 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto: Azman Jumat(Sabah)

KOTA KINABALU, 11 Mei (Malaysiaaktif) –  Tan Sri Musa Aman mengetuai barisan ahli kabinet negeri yang baharu selepas mengangkat sumpah sebagai ketua menteri kira-kira jam 11.10 malam tadi.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin, di istana negeri.

IMG-20180511-WA0000-01

Kabinet Sabah yang baharu dibentuk menyaksikan Datuk Dr Jeffrey Kitingan bersama Datuk Masidi Manjun dan Datuk Hajiji Noor dilantik sebagai timbalan ketua menteri yang baharu.

Datuk Masidi Manjun

Datuk Masidi Manjun

“Masidi mengekalkan portfilio sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, sementara Hajiji pula memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur.

“Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) turut memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri,”katanya.

Datuk Jeffrey Kitingan

Datuk Jeffrey Kitingan

Tujuh lagi menteri yang dilantik ialah Datuk Elron Alfren Angin sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar; Datuk Jahid Jahim (Kerajaan Tempatan dan Perumahan); Datuk Bobby Suan (Tugas-Tugas Khas); Datuk Bolkiah Ismail (Menteri Pembangunan Perindustrian).

Manakala Datuk Lasiah@Anita Baranting (Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Masiung Banah (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Musbah Jamli (Menteri Pembangunan Sumber danTeknologi Maklumat).

Datuk Hajiji

Datuk Hajiji Noor

Sementara itu, senarai nama enam lagi ADUN dilantik akan diumumkan hari ini.

IMG-20180511-WA0009-01Kelihatan saingan sengit dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini antara BN dan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan rakan kerjasama mereka DAP dan PKR yang masing-masing memperoleh 29 kerusi DUN menjadikan STAR sebagai kuasa penentu untuk menubuhkan kerajaan negeri.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda