Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

900 Sertai Kejohanan Taekwando Piala MBV-PKK Pertama

By 12 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: Siti Mariam Aziz Rashid

 

KOTA KINABALU, 12 Mei (Malaysiaaktif) –  Seramai 900 peserta seluruh negeri beradu tenaga di Kejohanan 1st MBV-Polytechnic Kota Kinabalu Cup Taekwondo Invitational Championship 2018 yang sedang berlangsung di kampus Politeknik Kota Kinabalu (PKK).

Kejohanan julungkali diadakan ini adalah anjuran bersama Politeknik Kota Kinabalu dan Kelab Taekwondo Master Barry Voon (MBVTC) Sabah.

photo_2018-05-12_18-31-14-01

Pengarah PKK, Zainab Othman berkata, program ini adalah landasan terbaik bagi mencungkil serta memupuk bakat dan potensi diri para peserta dalam sukan taekwondo khususnya di negeri Sabah ini.

“Kejohanan ini adalah platform terbaik bagi mendedahkan sukan ini kepada masyarakat Sabah khususnya kanak-kanak seawal enam tahun.photo_2018-05-12_18-31-11-01

“Ia di harap dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai potensi dan harapan untuk diketengahkan bagi mewakili negeri Sabah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

“Melalui kejohanan ini juga dapat membantu PKK untuk melaksanakan pencarian bakat (talent scouting) untuk mendapatkan atlet-atlet berbakat dan seterusnya dapat diserap untuk melanjutkan pengajian tinggi di sini,” ujarnya.

WhatsApp Image 2018-05-12 at 18.02.29 (1)-01

Menurut Zainab, PKK amat berbesar hati dengan kerjasama yang terjalin dengan Kelab MBV dan kejohanan ini merupakan langkah pertama bagi pelbagai usahasama di antara kedua-dua institusi tersebut pada masa akan datang.

Kejohanan tiga hari ini bermula pada 11 hingga 13 Mei 2018 dan disempurnakan oleh Setiausaha Agong Majlis Olimpik Malaysia merangkap Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia, Datuk Mohd. Nazifuddin bin Datuk Seri Najib.

photo_2018-05-12_18-36-44-01

Beberapa kategori dipertandingkan di bawah dua disiplin utama iaitu Poomsae dengan enam kategori dan Kyorugi sebanyak lima kategori masing-masing mengikut kategori umur yang telah ditetapkan.

Untuk disiplin Poomsae kategori yang dipertandingkan adalah kategori Novice (6-8 tahun), Super Cadet (9-11 tahun), Cadet (12-14 tahun), Junior (15-17 tahun), Senior 1 (18-30 tahun) dan Senior 2 (31 tahun ke atas).

Manakala bagi Kyorugi, kategori pertandingan adalah sama kecuali kategori kelima adalah kategori Terbuka untuk 18 tahun ke atas.

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda