Shafie Sah Ketua Menteri Sabah Setelah Dapat Majoriti

IMG-20180512-WA0025-1024x575
Laporan oleh:Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Datuk Seri Shafie Apdal sah menjadi Ketua Menteri baharu menggantikan Tan Sri Musa Aman selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin, di istana negeri.

IMG-20180512-WA0023

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan mendapat majoriti mudah setelah mendapat sokongan daripada lima ADUN Barisan Nasional (BN).

Kelima-lima ADUN berkenaan ialah Datuk Abdul Muis Picho (ADUN Sebatik), Datuk Hamisa Samat (ADUN Tanjong Batu), Datuk Bobbey Suan (ADUN Nabawan), Datuk Abidin Madingkir (ADUN Paginatan) dan Ewon Benedick (ADUN Kadamaian).

 

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, gabungan Warisan-PKR-DAP berjaya memenangi 29 kerusi berbanding gabungan BN-STAR yang memperoleh 31 kerusi.

Tindakan keluar parti oleh lima ADUN BN ini menjadikan gabungan BN-STAR kini tinggal hanya 26 kerusi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...