Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Shafie Tarik Semula Sekatan Pemimpin PH Masuk Ke Sabah

By 14 Mei 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan oleh:Idris Sani Saberun/Foto: Jeffren Malaning

KOTA KINABALU, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan penarikan semula sekatan kemasukan kepada semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) ke negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Pengumuman tersebut dibuat sejurus selepas memulakan tugas rasminya hari ini di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah(PPNS) di Teluk Likas.

Ketibaan Mohd Shafie disambut Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Tan Sri Sukarti Wakiman di perkarangan PPNS pada jam 10.49 pagi.

KM Mula Tugas di PPNS (2)

Turut hadir, pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Ewon Benedict; ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.

Beberapa ADUN mantan Barisan Nasional (BN) turut kelihatan iaitu ADUN Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho; ADUN Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat dan ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar yang menyertai parti Warisan pada minggu lalu menunggu ketibaan Mohd Shafie sejak jam 8 pagi tadi.

Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) pada 12 Mei lepas selepas mengambil kepimpinan negeri daripada Tan Sri Musa Aman yang telah mentadbir negeri Sabah selama tiga penggal.

 

 

-MRR

 

 

Tinggalkan komen anda