TYT,Ketua Menteri hadir Majlis Tahlil, Doa Selamat Sambut Ramadan

2

Laporan oleh: Idris Sani Saberun/ Foto: Azman Jumat(Sabah)

 

KOTA KINABALU, 16 Mei (Malaysiaaktif) –  Tuan Yang terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT), Tun Dr. Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni  berkenan menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena Menyambut Bulan Ramadan 1439 Hijrah di Istana Negeri, pada Selasa malam.

Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bongsu Aziz Jaafar (dua kiri) membacakan keputusan cerapan anak bulan Ramadan yang dilakukan di Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil Putatan kepada TYT

Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bongsu Aziz Jaafar (dua kiri) membacakan keputusan cerapan anak bulan Ramadan yang dilakukan di Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil Putatan kepada TYT

Tun Juhar dan Toh Puan terlebih dahulu menunaikan solat maghrib berjemaah sebelum menyertai Majlis Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat diikuti solat Isyak.

Solat maghrib, Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat dipimpin Pegawai Agama Istana Negeri Sabah, Imbran Angun manakala solat Isyak di imamkan oleh Imam Masjid Negeri Sabah, Amiruddin Amir.

Antara ketua-ketua jabatan yang hadir

Antara yang hadir dalam majlis tahlil

Sejurus majlis tersebut, TYT dan Toh Puan berkenan meraikan jemputan yang hadir pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Utama Istana Negeri bersama 260 hadirin yang hadir.
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Shuryani Datuk Shuib; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bongsu Aziz Jaafar; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dan Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Mejar Kehormat Al Hambra Tun Juhar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...