Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Penduduk Kampung Iringi Pengebumian Guru Silat

By 22 Mei 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad & Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Lebih seribu penduduk Kampung Tellian mengiringi jenazah mendiang guru silat, Marpok Sarbuna yang meninggal dunia akibat sakit tua minggu lalu di Tanah Perkuburan Melanau Liko/Kristian Kampung Tellian Ulu.

Marpok yang dikenali sebagai ‘tok guru’ dalam kalangan pelajarnya, merupakan Guru Silat Kuntau Pukulan Gelombang, cukup dikenali serta disegani masyarakat setempat.

Sekumpulan pesilat membuat persembahan sebagai penghormatan terakhir kepada Marpok.

Sekumpulan pesilat membuat persembahan sebagai penghormatan terakhir kepada Marpok.

Menurut anak murid mendiang, Sering Butong, pemergian Marpok membuatkan ramai bekas anak muridnya di Mukah, Miri, Kuching dan bahagian-bahagian lain masih bersedih atas kehilangannya.

“Semasa beliau mengajar silat, beliau betul-betul menurunkan ilmunya dengan penuh disiplin untuk mendidik pesilat agar tidak takbur dan sombong.

“Mendiang memiliki ketegasan dan disiplin yang tinggi semasa dalam gelanggang serta disangjung bekas anak-anak muridnya,” katanya semasa majlis pengebumian mendiang, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Kilai Slyvester berkata kehilangan tok guru cukup dirasai kerana belum ada mana-mana individu yang dapat menyaingi kehebatan Marpok.

“Saya amat berharap kepada pesilat yang mewarisi ilmu silatnya agar tidak menyimpan sendiri dan turut berkongsi bersama-sama penduduk kampung agar warisan ini tidak hilang dan pada masa yang sama dapat terus mengenang jasa tok guru,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda