Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kenaikan harga daging lembu tempatan: Adakah benar?

By 22 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh: Norhayati Yusoff dan Azman Yahaya

 

ALOR SETAR, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) membuat pemantauan harga barang sempena Ramadan susulan tular dakwaan berlaku kenaikan harga daging lembu tempatan di Pasar Besar Alor Setar hari ini.

Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff berkata, hasil daripada pemantauan yang telah dilakukan, tiada sebarang kenaikan harga seperti yang ditularkan oleh pengguna di negeri Kedah.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan tinjauan di Pasar Besar Alor Setar dan pemantauan di sekitar Hutan Kampung serta Sungai Petani, didapati tiada kenaikan harga daging lembu seperti yang diwar-warkan dalam laman sosial.

Beliau memberitahu, pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa dan akan melaporkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

Menurut salah seorang pembeli yang ditemubual, Nor Amira Mohd Yusof, 30, berkata “harga daging tempatan yang dibeli hari ini masih rendah seperti biasa dan berharap harga ini dapat dikekalkan sehingga menjelang Syawal”.

Setiausaha Persatuan Pengguna (CAKE), Mohd Yusrizal berbaju kemeja biru sedang membuat tinjauan terhadap peniaga daging

Setiausaha Persatuan Pengguna (CAKE), Mohd Yusrizal berbaju kemeja biru sedang membuat tinjauan terhadap peniaga daging

Sementara itu, Mohd Fazli Md Rodzi, 33, salah seorang peniaga daging tempatan berkata, “kenaikan harga daging akan berlaku jika pembekal menaikkan harga lembu”.

 

“Harga daging yang dijual masih diparas harga kawalan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)” katanya lagi.

 

Dalam pada itu, Pengerusi Pasar Besar Alor Setar, Mohd Fauzi Sharif berkata, berdasarkan pemantauan dari pihaknya mendapati, semua harga barangan basah seperti daging dan ikan masih pada tahap terkawal.

 

Yusrizal juga memohon agar pengguna membuat aduan kepada pihak persatuan di talian 04-7718241 dan di laman Facebook Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) atau terus kepada KPDNKK sekiranya pengguna mendapati ada kenaikan harga daging lembu oleh peniaga.

  • MRR

Tinggalkan komen anda