Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kraftangan Felt Bawa Rezeki Di Bulan Ramadan

By 23 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh : Fasharina Kholil

 

SIK, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Permintaan tinggi terhadap produk kraftangan berasaskan kain felt keluaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sik mendapat sambutan tinggi di bulan Ramadan ini.

Menurut salah seorang guru kelas jahitan, Noor Adnin Othman, antara produk yang mendapat permintaan tinggi di bulan Ramadan ini adalah beg silang untuk kanak-kanak.

Pelatih PDK turut membantu kerja-kerja di kelas jahitan.

Pelatih PDK turut membantu kerja-kerja di kelas jahitan.

“Beg ini merupakan antara produk yang dihasilkan semula dan dalam masa tiga hari saja kami telah mendapat tempahan hampir mencecah 100 buah beg,” katanya lagi.

Jelas Adnin, PDK Sik memasarkan produk mereka melalui aplikasi Facebook dan tempahan yang diterima juga kebanyakkannya melalui online.

Kak Min sedang menyiapkan tempahan yang terima.

Kak Min sedang menyiapkan tempahan yang terima.

Tambahnya lagi, seramai 10 orang pelatih PDK daripada pelbagai kategori turut membantu menghasilkan beg tersebut.

“Ada diantara mereka (pelatih) boleh menggunting kain serta mempunyai kebolehan untuk menjahit. Ini secara tidak langsung dapat membantu proses pergerakan motor halus serta fokus mereka,” ujarnya lagi.

Adnin yang lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Min turut menambah, idea bagi menghasilkan beg ini tercetus apabila memikirkan lebaran yang bakal tiba.

Beg silang yang mendapat permintaan tinggi di musim perayaan ini.

Beg silang yang mendapat permintaan tinggi di musim perayaan ini.

“Kita mengolah semula beg sedia ada kepada rekabentuk baru yang lebih comel dan sesuai digunakan serta digayakan oleh anak-anak di hari raya nanti,” tambahnya lagi.

Kak Min turut menambah, beg ini dijual pada harga mampu milik dan hasil daripada jualan tersebut akan digunakan untuk pelatih kelas jahitan serta bagi menampung kos bagi membeli bahan mengajar untuk pelatih.

WhatsApp Image 2018-05-23 at 13.51.12

Sementara itu, menurut seorang lagi guru jahitan, Noor Tahiza Tahir, selain daripada beg silang tersebut, terdapat juga beberapa produk lain antaranya kotak pensel serta beg syiling yang berasaskan kain felt.

Tambah Tahiza lagi, PDK juga sering mendapat tempahan daripada kakitangan kerajaan yang lain seperti guru, jururawat, polis serta tadika berhampiran.WhatsApp Image 2018-05-23 at 13.51.21 (1)

“Tempahan yg kami terima bukan saja daripada komuniti tempatan bahkan kami turut menerima tempahan dari daripada seluruh Malaysia termasuk Sabah dan juga Sarawak,” katanya lagi.

Tahiza turut berharap agar produk dibawah PDK Sik ini boleh berkembang lagi dan dapat dipasarkan dengan lebih meluas.

 

Tahiza, guru kelas jahitan.

Tahiza, guru kelas jahitan.

“Selain daripada itu, kami turut berharap akan mendapat dana tambahan serta para guru dapat
belajar teknik pemasaran bagi meluaskan pasaran,” ujar Tahiza lagi.

  • MRR

Tinggalkan komen anda