Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Warga Kampung Pulai Bakal Terima Masjid Baharu

By 29 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Khairunnisa Abd Rahman (Melaka)

MELAKA, 29 Dis (Malaysiaaktif) — Perancangan hampir lapan tahun akhirnya membuahkan hasil apabila warga Kampung Pulai bakal menerima masjid baharu yang telah pun bermula pembinaannya.

 

20151228234834

 

Menurut Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Hj Ahmad Hamzah dalam ucapan perasmiannya semalam sempena Majlis Penetapan Arah Kiblat dan Majlis Kesyukuran Pembinaan Masjid Baharu Kampung Pulai, kerajaan negeri menerima peruntukan sebanyak RM4.8 juta, iaitu 4.46 juta dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, manakala baki 340 ribu diperoleh dari Majlis Agama Islam Melaka dan sumbangan orang ramai.

Pembinaan Masjid Pulai ini dijangka siap pada 22 Jun 2017.

 

Tinggalkan komen anda