Malaysia Aktif - Bebas dan Diyakini

LoginRegister
Home
A+ R A-
29-09-2011

Apa maksud ‘meritokrasi’ dalam konteks bumiputera?

Rate this item
(1 Vote)

KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) – Di manakah gerangan semangat DEB apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan kuota untuk Bumiputera dan fokus dihalakan kepada Bumiputra berdasarkan meritokrasi?


Penulis ini ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan meritokrasi dalam tafsiran Najib dan konteks kesamarataan dan keterbukaan?


Sememangnya bagus ditumpukan pemberian sesuatu kepada Bumiputra yang berkebolehan berdasarkan meritokrasi, tetapi persoalannya untuk apa lagi perjuangan UMNO dan sesetengah badan hak Melayu jika begitu halnya?


Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kebolehan’? Apakah ia bermaksud kebolehan mengusahakan sesuatu atau kebolehan menghampiri segelintir manusia yang bertanggung jawab mengagihkan sesuatu berdasarkan tafsiran ‘meritokrasi’ mereka?


Pemansuhan kuota memang bagus kerana selama ini juga di bawah sistem itu sering kali kontrak jatuh ke tangan hanya segelintir pihak dan bukan di luar kepompong berkenaan. Dan jika pun mereka yang berada di luar kepompong mendapat manfaat, ia sekadar peluang-peluang tempias saja.


Bagaimana dengan nasib kaum Bumiputera selebihnya?


Apakah ini bukan satu lagi paradoks? Apakah ini bukan lagi menandakan nasib Melayu kembali ke noktah asal setelah membuat satu pusingan kosong?

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
Last modified on Thursday, 29 September 2011 14:04

 

 

'Segala analisis dan sorotan yang disiar dalam Malaysiaaktif adalah pendapat penulis'

We have 27 guests online

Premium Joomla Templates

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini
While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.

Login