Malaysia Aktif - Bebas dan Diyakini

LoginRegister
Home
A+ R A-
28-09-2012

Pasaran Buruh Kekal Stabil Tahun Ini

Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR, 28 Sept -- Pasaran buruh kekal stabil menerusi 249,471 pekerjaan yang dijangka dijana oleh semua sektor dalam ekonomi tahun ini, menurut laporan Ekonomi 2012/2013 yang dikeluarkan hari ini.

Menurut laporan oleh Kementerian Kewangan itu, jumlah tenaga buruh dianggar meningkat kepada 12.9 juta tahun ini berbanding 12.6 juta tahun lepas, manakala kadar pengangguran kekal rendah pada 3.2 peratus tahun ini berbanding 3.1 peratus tahun lepas.


Kekosongan pekerjaan (berdaftar dengan JobsMalaysia) adalah sebanyak 888,842 dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini dengan sebahagian besar kekosongan di sektor pembuatan sebanyak 38.9 peratus dan perkhidmatan 23 peratus.

Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut gender pula meningkat tinggi dengan penyertaan guna tenaga lelaki dan wanita masing-masing dijangka terus meningkat kepada 80 dan 48.4 peratus tahun ini.

Laporan itu turut menyebut sektor perkhidmatan akan kekal sebagai majikan terbesar merangkumi 51.5 peratus daripada jumlah guna tenaga dengan subsektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran menyumbang 36.3 peratus.

Laporan itu turut menyebut hingga akhir Julai tahun ini, terdapat lebih 1.6 juta pekerja asing berdaftar di Malaysia berbanding 1.3 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Sepanjang tujuh bulan tahun ini sebanyak 47,157 ekspatriat berkerja di negara ini. Kedudukan itu menunjukkan hanya tiga peratus berkemahiran tinggi dan selebihnya berkemahiran rendah.

Kebanyakannya merupakan warga India iaitu 9,360 orang, diikuti warga China (5,396) dan Jepun (3,384).

Menurut laporan itu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah berkaitan transformasi tempat kerja dan tenaga kerja, antaranya pindaan kepada Akta Kerja 1955, pelaksanaan gaji minimum kebangsaan, pengenalan skim persaraan swasta, pelanjutan umur persaraan di sektor swasta dan Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (Ilmia) serta Pelan Halatuju Bakat 2020.

"Usaha pembaharuan dalam pasaran buruh mencerminkan kesediaan dan komitmen kerajaan dalam melaksanakan transformasi bagi memperkasakan majikan dan pekerja untuk mewujudkan pembangunan tempat kerja dan tenaga ke arah mencapai negara maju berpendapatan tinggi," kata laporan itu.

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
Last modified on Friday, 28 September 2012 17:40

'Segala analisis dan sorotan yang disiar dalam Malaysiaaktif adalah pendapat penulis'

We have 21 guests online

Premium Joomla Templates

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini
While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.

Login