Malaysia Aktif - Bebas dan Diyakini

LoginRegister
Home
A+ R A-
31-07-2012

Pulau Pinang dilanda jerebu lagi

Rate this item
(0 votes)
Gambar hiasan Gambar hiasan

GEORGE TOWN, 31 Julai -- Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak semalam dan meenjadi bertambah buruk hari ini, adalah berpunca dari aktiviti pembakaran terbuka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata Pulau Pinang dilanda jerebu tahap sederhana dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sekitar 69 hingga 84 hari ini.

Katanya bacaan IPU di kawasan Seberang Jaya mencatat 83 pada pukul 7 pagi dan meningkat kepada 84 pada pukul 11 pagi dengan jarak ketampakan dua kilometer.

"IPU di Perai pula mencatatkan bacaan 68 pada pukul 7 pagi dan 72 pada pukul 11 pagi, di USM, 69 pada pukul 7 pagi dan 72 pada pukul 11 pagi, masing-masing merekodkan jarak ketampakan lima dan empat kilometer," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri dan pihak Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengadakan perbincangan semalam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan pembakaran terbuka.

Phee berkata pihaknya juga melakukan pemantauan dengan memastikan tiada pihak melakukan pembakaran terbuka dan kilang industri tidak mengeluarkan asap berlebihan.

"Keadaan jerebu ini diburukkan lagi dengan cuaca panas dan tidak hujan sejak beberapa hari lepas, tetapi saya percaya masalah ini (jerebu) hanya sementara waktu dan akan kembali pulih dalam tempoh terdekat," katanya.

Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 301 (berbahaya).

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
Last modified on Tuesday, 31 July 2012 13:45

'Segala analisis dan sorotan yang disiar dalam Malaysiaaktif adalah pendapat penulis'

We have 88 guests online

Premium Joomla Templates

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini
While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.

Login