Perlis Sambut Baik Keputusan Kebenaran Rentas Negeri

Laporan/foto: Wan Muhamad Zikri Wan Kamis/Anuar Che Amat (Perlis)

MATA AYER, 12 Okt (Malaysiaaktif) - Kerajaan negeri menyambut baik keputusan kerajaan persekutuan membenarkan rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula 11 Oktober 2021.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, sektor pelancongan yang merupakan sektor utama di negeri ini akan mendapat manfaat besar setelah kebenaran merentas negeri dibenarkan.

“Kebenaran rentas negeri dijangka turut akan meningkatkan kehadiran para pengunjung ke lokasi-lokasi pelancongan di sekitar negeri ini.

Menteri Besar meninjau suasana di rumah yang baharu di bina.turut hadir Pengarah Pembangunan Negeri Perlis,Maznah Musa Menteri Besar meninjau rumah yang baharu untuk mangsa kebakaran di Kampung Binjal. 



“Pada bulan Disember yang lalu, sektor pelancongan di negeri ini telah menunjukkan jumlah peningkatan yang sangat tinggi namun setelah kerajaan memperkenalkan Proklamasi Darurat, sektor pelancongan di negeri ini kembali kurang mendapat sambutan,” katanya ketika ditemui wartawan pada Program Penyampaian Rumah Mangsa Kebakaran di Kampung Binjal Mata Ayer, di sini, semalam.

Beliau yakin bahawa para pengunjung luar dari negeri ini akan mula mengunjungi tempat-tempat pelancongan bagi menikmati produk-produk yang telah disediakan berdasarkan kepada keindahan alam semula jadi yang merupakan antara tarikan utama di sini.

“Saya berharap rakyat akan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan walaupun mereka telah lengkap di vaksinasi berikutan penerima vaksin masih berisiko menyebarkan jangkitan sekali gus mungkin menyebabkan individu lain yang belum menerima vaksin dijangkiti wabak itu melalui mereka.

-NI-