Skim SPS untuk Lindung Perkhidmatan Penghantaran, Bekerja Sendiri - PERKESO

Laporan/foto: Luqman Hakim Salamuddin/Hazlina Tajuddin (Petaling)

SHAH ALAM, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menawarkan Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) dalam usaha melindungi mereka yang bekerja sendiri.

Pegawai Tadbir Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri PERKESO Khairullah Mahfud, berkata Skim SPS diperkenalkan pada tahun 2017 khasnya bagi perkhidmatan p-hailing.

“Terdapat lebih 2.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja sendiri dalam pelbagai sektor seperti penghantar makanan mahupun barangan, pemandu kereta sewa dan lain-lain.

“PERKESO mahu mereka yang bekerja sendiri dilindungi memandangkan risiko pekerjaan mereka terdedah kepada bahaya kemalangan,” katanya.

Khairullah ketika ditemubual dalam program bersama Jabatan Penerangan Selangor hari ini. Khairullah ketika ditemubual dalam program bersama Jabatan Penerangan Selangor hari ini.



Khairullah berkata demikian ketika ditemubual dalam program bersama Jabatan Penerangan Negeri Selangor di Pejabat Penerangan Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM24 juta untuk Skim SPS dan lebih 100,000 telah berdaftar di bawah program ini.

“Sambutan sangat menggalakkan memandangkan banyak faedah yang bakal diterima oleh pencarum.

“Ini merupakan inisiatif kerajaan membantu rakyat dan diharapkan lebih ramai lagi pencarum baru untuk skim ini demi kebajikan diri dan keluarga,” jelasnya.

-RI