JaPen Selangor, PDRM Kolaborasi Kempen MAPO

Laporan/foto: Norazura Abdul Latif (Petaling)

SERI KEMBANGAN, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Daerah Petaling bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjayakan kempen memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (MAPO) di daerah ini.

Pegawai Penerangan Daerah Petaling Chandran Periasamy, memaklumkan pihaknya akan melaksanakan program berkenaan di lima lokasi yang telah dikenal pasti bersama PDRM.

“Jenayah ini memerlukan tindakan yang komprehensif dan agresif bagi meningkatkan kesedaran, kefahaman serta penglibatan rakyat untuk bersama membanterasnya.

“Kolaborasi ini sangat penting,” katanya ketika ditemui selepas mengedarkan risalah berkaitan kempen MAPO di Pasar Borong Selangor Seri Kembangan, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Serdang Inspektor Mohd Nazar Md Kasim, berkata pihaknya menyambut baik aktiviti yang dijalankan oleh JaPen Petaling.

“PDRM sentiasa memberikan kerjasama kepada JaPen bagi membantu menggerakkan kempen MAPO di lokaliti tumpuan pada masa akan datang”, katanya.

-RI