Tema ‘Ekspresi Tinta Wanita’ Iktiraf Penglibatan Wanita dalam Penulisan Ilmiah

Laporan/foto: Judy Henry (Sarawak)

KUCHING, 14 Okt (Malaysiaatif) – Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, dan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), melalui tema ‘Ekspresi Tinta Wanita’, mengiktirafkan penglibatan wanita Sarawak dalam penulisan ilmiah.

Menteri KWKPK Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata tema ekspresi untuk Sambutan Hari Wanita Sarawak telah digunakan sejak 2008 sehingga sekarang.

"Melalui pendekatan tema ini, KWKPK telah mengiktirafkan pencapaian wanita Sarawak dalam bidang ekonomi, perpaduan, kesukarelawan, pendidikan, sastera, kesihatan, keselamatan serta era digital.

Dato Sri Fatimah (tengah) semasa sidang media mengumumkan tentang Majlis Sambutan Hari Wanita Sarawak 2021 (HW21), diiringi oleh Norita Bawi (dua daripada kiri), Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga dan Datuk Francis Harden Hollis (dua daripada kanan). Fatimah (tengah) semasa sidang media Majlis Sambutan HW21 diiringi Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Norita Bawi (dua dari kiri),  dan Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis (dua dari kanan). 



“Antara program yang dilaksanakan pada setiap tahun ialah pelancaran buku yang berkaitan dengan bidang-bidang yang diceburi ini serta majlis sambutan hari wanita peringkat negeri,” ujarnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Wanita Sarawak 2021 di Wisma Wanita Jalan Bakti Petra Jaya, di sini hari ini.

Fatimah memaklumkan bahawa tarikh untuk Majlis Pelancaran Buku ‘Sarawak Women in Scholarly Writing’ akan diadakan pada 20 November 2021, manakala Sambutan Hari Wanita 2021, peringkat negeri akan diadakan pada 23 November 2010.

“Majlis yang diadakan pada tarikh yang berasingan ini akan disertai secara fizikal oleh 200 orang jemputan, manakala 1000 orang akan menyertai slot zoom dan selebihnya boleh mengikut program di platform Facebook.

Dato Sri Fatimah dan Datuk Francis Harden Hollis semasa sidang media. Fatimah (kiri) dan Francis semasa sidang media.



“Toh Puan Raghad Kurdi akan merasmikan majlis pelancaran buku tersebut dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan merasmikan Majlis Sambutan (HW21),” katanya.

Menurut Fatimah, KWKPK akan mendapatkan khidmat penterjemah yang menggunakan bahasa isyarat untuk majlis (HW21) bertujuan mendorong golongan wanita kurang upaya untuk turut sama mengikuti program ini.

-ZS-