JKM Perluas Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai

Laporan/foto : Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu) Shuhaimi Ahmad (Terengganu)
Kuala Terengganu, 24 Nov (Malaysiaaktif) – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata bayaran kewangan tanpa tunai memberi peluang kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlibat dalam akitiviti ekonomi digital selain memantapkan penyaluran bantuan kewangan melalui kaedah bayaran tanpa tunai.
Rina berkata demikian ketika majlis pelancaran peluasan Program Bayaran Kewangan Tanpa Tunai di Taman Sinar Harapan, di sini, semalam.

Katanya, Program Bayaran Tanpa Tunai dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) merupakan kolaborasi strategik antara kerajaan dengan agensi swasta bagi meningkatkan perkhidmatan JKM serta memastikan bantuan yang diterima oleh mereka yang layak dimanfaatkan sepenuhnya untuk kelangsungan hidup.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun melancarkan Peluasan Program Bayaran Kewangan Tanpa Tunai di Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun melancarkan Peluasan Program Bayaran Kewangan Tanpa Tunai di Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu.



"Program ini telah diadakan secara rintis selama enam bulan bermula Februari 2021 hingga Julai 2021 melibatkan tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Melaka.

"Ianya diperluas secara berperingkat mengikut fasa di mana Negeri Terengganu termasuk dalam fasa 1," katanya.
Tambah Rina, hasil dapatan kajian oleh JKM melalui Kajian Kebolehlaksanaan Projek Rintis pada 14 Jun hingga 10 Julai 2021 melibatkan 1,066 orang peserta menunjukkan majoriti peserta memberi sokongan penuh kepada pelaksanaan program 'cashless' dan memudahkan membuat kawalan perbelanjaan serta menampung keperluan harian.

Rina Mohd Harun berkata Bayaran Kewangan Tanpa Tunai memberi peluang kepada penerima bantuan JKM terlibat dalam akitiviti ekonomi digital selain memantapkan penyaluran bantuan kewangan melalui kaedah bayaran tanpa tunai. Rina Mohd Harun berkata Bayaran Kewangan Tanpa Tunai memberi peluang kepada penerima bantuan JKM terlibat dalam akitiviti ekonomi digital selain memantapkan penyaluran bantuan kewangan melalui kaedah bayaran tanpa tunai.



"Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membuka peluang kepada institusi kewangan negara untuk menjalinkan kerjasama dan berkongsi perkhidmatan yang ditawarkan di samping menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi mereka yang memerlukan," katanya.
Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat.