Meriah: Minggu [email protected] JAPEN Perak Anjur Pelbagai Program dan Pertandingan

Laporan/foto: Nor Aziana Azreen Roslan/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi

IPOH, 2 DIS (Malaysiaaktif) - Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Perak buat julung kalinya mengadakan Minggu [email protected] 2021 bermula 29 November hingga 4 Disember 2021.

Pelbagai program menarik seperti Pertandingan sukan dan pertandingan dalam talian dilaksanakan dalam usaha mengeratkan hubungan antara kakitangan jabatan.

Menurut Yang di-Pertua KSKK, Andi Abdul Rohim berkata, minggu santai ini boleh dimanfaatkan oleh semua kakitangan JaPen Perak untuk berkumpul bagi meraikan rakan setugas yang berlainan daerah bersama-sama dalam pelbagai aktiviti yang dipertandingkan.

Aktiviti permainan karom sedang berlangsung. Aktiviti permainan karom sedang berlangsung.



"Jika sebelum pandemik, KSKK merancang melaksanakan hari keluarga seperti tahun-tahun sebelum ini namun perancangan perlu disesuaikan dengan situasi semasa yang mana aktiviti hanya melibatkan ahli kelab sahaja bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19,” jelasnya.

Andi turut merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak pengurusan, Ahli Jawatankuasa dan ahli kelab KSKK yang turut bersama menjayakan minggu santai KSKK.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Aktiviti Permainan Dalam sempena Minggu [email protected] KSKK di sini, semalam.

Antara aktiviti dan pertandingan yang dilaksanakan antaranya Kuiz Kahoot Dalam Talian, Pertandingan Mewarna, dan e-Games, Teka Silang Kata, Pertandingan Bowling dan Hiking Santai bersama keluarga.

E-games meriahkan Minggu Santai@KSKK JaPen Perak. E-games turut meriahkan Minggu [email protected] JaPen Perak.



Kemuncak serta perasmian program akan dilaksanakan pada 3 Disember 2021 yang akan disempurnakan oleh Pengarah Penerangan Negeri Perak, Mohd Taip Ubah.

~RJ~