Jualan Istimewa [email protected] Kechil Dapat Sambutan Penduduk Setempat

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Jualan Istimewa [email protected] Kechil anjuran FAMA menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di perkarangan Tapak Pasar Malam Sungai Kechil mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Jualan Istimewa [email protected] Kechil adalah bagi memperkenalkan produk-produk tempatan daripada peniaga-peniaga kecil sekaligus membantu penduduk mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang berpatutan.

Jualan Istimewa MyRakyat@Sungai Kechil turut memberi peluang kepada penduduk setempat memperkenalkan produk tempatan yang dihasilkan. Jualan Istimewa [email protected] Kechil turut memberi peluang kepada penduduk setempat memperkenalkan produk tempatan yang dihasilkan.



Pengunjung, Abdul Rahim Ahmad, 52, berkata jualan sebegini perlu sentiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi membantu penduduk setempat mendapatkan barang keperluan dengan harga yang berpatutan.

"Dengan adanya program jualan sebegini sudah pasti ianya dapat mengurangkan perbelanjaan isi rumah.

"Terima kasih kerajaan kerana melaksanakan inisiatif sebegini,"katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Amar Pritpal Abdullah.

ADUN Sungai Bakap, Amar Pritpal (Kanan) turut hadir merasmikan Jualan istimewa MyRakyat@Sungai Kechil. ADUN Sungai Bakap, Amar Pritpal (Kanan) turut hadir merasmikan Jualan istimewa [email protected] Kechil.



Amar Pritpal dalam ucapannya turut memuji usaha FAMA yang menganjurkan jualan tersebut kepada penduduk setempat bagi memudahkan penduduk mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah serta membantu menjimatkan kos perbelanjaan isi rumah.