Kerajaan Terengganu Meterai Perjanjian Tanam Lada Hitam

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusin(Kuala Terengganu)/Shuhaimi Ahmad(Terengganu)

Kuala Terengganu, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) memeterai perjanjian persefahaman dengan Syarikat McCormik Global Ingredients Malaysia Sdn Bhd (McCormik) bagi projek penanaman lada hitam di Mukim Merang, Setiu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata Syarikat McCormik telah memilih Negeri Terengganu sebagai hub pelaburan berasaskan makanan dengan anggaran nilai pelaburan kira kira RM360 juta dan ini selari dengan Dasar Kerajaan Negeri melalui Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu (2019-2023) yang memfokuskan kepada pelaburan tanaman dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar makanan utama negara dengan terlebih dahulu menjadi 'self-sufficient'.

Beliau berkata, Proof On Concept (POC) penanaman lada hitam di atas tanah beris seluas 20 hektar telah menunjukkan hasil positif dan menjadikan pihak McCormick bersedia meningkatkan pengeluaran berskala komersial dan ianya telah mendapat persetujuan kerajaan negeri agar projek ini dikembangkan di atas tanah seluas 600 hektar bersebelahan denga tapak POC sedia ada.

Perjanjian persefahaman itu disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokthar di Wisma Darul Iman pada pagi ini. Perjanjian persefahaman itu disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokthar di Wisma Darul Iman pada pagi ini.



"Kesan pelaburan ini menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan seterusnya mengurang kadar pengganguran di kawasan sekitar dan negeri ini seterusnya akan berlaku pemindahan teknologi dan menjadikan sumber manusia di negeri ini berdaya saing dan menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu bersaing di pringkat global," Ahmad Samsuri berkata demikian pada majlis perjanjian persefahaman itu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Selain itu juga, status syarikat pelabur daripada syarikat luar negara akan meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran wang asing negara luar dan meningkatkan keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menjamin perkembangan ekonomi yang pesat di Daerah Setiu selaras dengan pengisytiharan Daerah Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu (GPMT).

Perjanjian persefahaman tersebut ditandatangani oleh Pegawai Kewangan Negeri, Zainai Abidin Mohamed dan Nor Azam Abdul Rahman mewakili Tabung Amanah Warisan manakala TADC diwakili [email protected] Jusoh dan Zulkifli Mat Jusoh.

Manakala, syarikat McCormik pula diwakili oleh Pengarah Urusan, Hector William Ingram dan Norhazlan Mohd Nor mewakili McCormik.

-ZS-