Sembang Santai Jabatan Laut Bersama Pengusaha Feri

Laporan/foto: Muhamad Sufe Fuddin Sudin (Langkawi)

LANGKAWI, 14 Jan (Malaysiaaktif) - Jabatan Laut Malaysia mengadakan sesi sembang santai bersama Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia dengan pengusaha feri. Inisiatif ini diambil bagi membincangkan isu-isu pengusaha feri dan aduan orang awam.

Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, Dato’ Haji Baharin Dato’ Abdul Hamid berkata dalam ucapannya, di sini semalam, Jabatan Laut sentiasa komited dan mengambil maklum akan segala permasalahan yang timbul agar dapat diperbaiki dan sekaligus membina kerangka kerja bagi menyelesaikannya.

Sesi soal jawab tentang aduan-aduan awam. Penguasaha-pengusaha feri yang hadir.



Salah seorang pengusaha feri, Ku Azhar Ku Abdul Razak berkata beliau sangat berbesar hati untuk menyumbang idea dan buah fikiran di samping dapat berkongsi permasalahan para pengusaha feri di Langkawi.

Beliau juga turut memberitahu para pengusaha bersedia menghadapi cuti umum sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi. Hasil perbincangan dengan pihak Jabatan Laut, mereka menjangkakan sebanyak 9000 orang sehari akan masuk ke Pulau Langkawi menjelang perayaan.

Sesi soal jawab tentang aduan-aduan awam. Sesi soal jawab tentang aduan-aduan awam.



Tambahannya, dari segi fasiliti feri dan masa perjalanan feri juga dibincangkan dalam pertemuan ini. Para pengusaha berharap pertemuan sembang santai ini dapat menyelesaikan permasalahan dan terus melaksanakan apa yang telah dipersetujui.

Turut hadir di dalam program ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Haji Juhari Bulat, dan Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara, Haji Mohd Hafiz Abdul Majid.

-ZS-