1,300 Anggota PDRM Kawal Sambutan Thaipusam di Batu Caves

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 15 Jan (Malaysiaaktif) - Seramai 1,300 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan mengawal keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Ketua polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata upacara keagamaan di Kuil Sri Subramaniam dibenarkan dengan pematuhan SOP perayaan Thaipusam.

Katanya, upacara membawa kavadi adalah tidak dibenarkan dan kompaun akan dikeluarkan sekiranya melanggar SOP.

Upacara sembahyang di kuil dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan pihak kerajaan. Upacara sembahyang di kuil dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan pihak kerajaan.



"Pengurusan kuil akan menyediakan tiga tag kebenaran masuk ke kuil untuk menyertai aktiviti keagamaan.

"Seramai 6,000 orang dibenarkan masuk ke kawasan kuil setiap hari melalui sesi yang ditetapkan," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini hari ini.

Zainal berkata, Sebanyak tujuh jalan akan ditutup antaranya persimpangan lampu isyarat Kampung Melayu, susur dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke kuil Batu Caves.

"Jalan Batu Caves lama ke pintu utama kuil, persimpangan lampu trafik Sri Batu Caves (SBC), persimpangan Jalan 8/ Jalan Batu Caves lama, susur MRR2 dari Sri Gombak ke susur Perusahaan dan Jalan Perusahaan ke kuil Batu Caves," katanya.

-RI