Tanda Syukur: Pesta Ponggal Dirai

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)

TAIPING, 16 Jan (Malaysiaaktif) - Pesta Pongal diraikan oleh masyarakat India di sini baru-baru ini sebagai tanda kesyukuran kepada alam semula jadi atas hasil tuaian.

Sambutan Pongal merupakan sambutan tahun baru untuk masyarakat India dan mempunyai unsur agama ini, turut dihormati oleh bangsa dan agama yang berlainan.

Pesta Ponggal dirai oleh penganut agama hindu ini, sebagai satu mekanisme yang mampu mengeratkan hubungan persahabatan, menghormati budaya kaum, mengalakkan perpaduan serta membina negara yang harmoni.

Di Tamil Nadu India, ia adalah sebuah perayaan yang besar dan ramai yang pulang ke kampung halaman untuk meraikannya. Namun berbeza sambutan di Malaysia yang mana lebih kepada simbolik sahaja.

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan meraikan sambutan Pongal sepertimana Achieyya, yang membantu ibunya meletakkan beras ke dalam periuk semasa menyediakan Pongal. Sambutan yang sederhana tetapi tetap meriah bagi Amala sekeluarga.



Menurut Amala Subramaniam dari Kamunting, perayaan Pongal kali ini, diraikan bersama keluarga. Ia bertujuan untuk menyatakan rasa syukur atas rezeki yang diberikan oleh tuhan dan berdoa agar tahun ini dilimpahkan rezeki yang lebih bukan sahaja untuk beliau sekeluarga, tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Beliau yang juga seorang kakitangan syarikat swasta, menyatakan turut menghadapi cabaran untuk mendepani tahun 2022.

Selain baharu sahaja bertukar kerja pada musim pandemik ini, beliau juga berharap tahun baharu ini menjanjikan lebih banyak rezeki kewangan, kasih sayang, keindahan dalam hidup dan kemakmuran untuk Malaysia.

Menurut Anigala yang fasih berbahasa Melayu pula, beliau meraikan sambutan Pongal bersama keluarga mertua, setelah hampir setahun tidak menyambut mana-mana perayaan bersama keluarga.

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan meraikan sambutan Pongal sepertimana Achieyya, yang membantu ibunya meletakkan beras ke dalam periuk semasa menyediakan Pongal. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan meraikan sambutan Pongal sepertimana Achieyya, yang membantu ibunya meletakkan beras ke dalam periuk semasa menyediakan Pongal.



"Walaupun kehidupan kita telah biasa dengan kehidupan yang moden, gaya hidup mengikut peredaran zaman, jangan dilupakan tradisi dan adat yang diamalkan oleh nenek moyang kita,” katanya.

Beliau sekeluarga mengenakan sari dan dhoti ketika meraikan sambutan Pongal dan menurut beliau telah diamalkan dari dahulu lagi.

Pada hari pertama sambutan Pongal, dinamakan Boghi Pongal. Barang-barang yang lama, terpakai dan tidak elok, dibakar sebagai simbolik membuang tabiat lama yang buruk dan digantikan dengan yang baik.

Manakala hari kedua pula penganut Hindu akan memasak Pongal iaitu beras bersama susu dan gula pada pagi sambutan Pongal adalah simbolik rezeki yang diberikan oleh tuhan.

Selain itu, sambutan Ponggal ini diteruskan dengan Mattu Pongal dan Kannum Poggal atau Kanni Pongal.

Mattu Ponggal bagi menghormati lembu, yang dianggap sebagai haiwan paling bermanfaat membantu para petani yang mana menghasilkan susu, menarik kereta lembu untuk pengangkutan dan juga membajak tanah.

Manakala, Kannum Pongal yang dirai bersama sanak saudara dan Kanni Pongal dirai untuk gadis-gadis muda yang belum berkahwin untuk mendapatkan jodoh yang baik

Dahulu sambutan ponggal diadakan selama tiga hari, merangkumi sambutan untuk tanaman, ternakan dan diri sendiri serta keluarga.

Namun di Malaysia lama-kelamaan ia, diraikan selama satu hari, merangkumi ketiga-tiga aspek tersebut namun masih ada yang menyambutnya mengikut ketetapan hari dalam agama mereka.

-ZS-